
|
Graduation Day
Ahad, 20 Oktober 2013 @ 3:40 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai semua :) have a great weekend guys.. Counting the days... Spm just around the corner. Let's talk bout last day.
Graduation Day!
19 Oktober 2013, kenangan yang pertama dah sejarah hidup seorang pelajar apabila dapat satu penghargaan oleh pihak sekolah di hari graduasi.
Poyo gila ayat..hahahaaa!
takpe takpe, create for someting special. best moment ever!
Kenangan pergi sana memang sampai bila-bila takkan dilupakan.
Betullah apa yang cikgu cakap, lepas ni bukan senang nak jumpa budak-budak sekolah lagi, classmate yang 40 orang tu pon belum tentu lagi dapat jumpa semuanya.
Another two month left.
Gembira,sedih semua ada. Gembira sebab tinggalkan alam persekolah sedih sebab lepasni rindu dengan sekolah yang banyak kenangan tu. Since form 1 until form 5. Only SMK Bandar Tun Hussein Onn2.
Hari graduasi semalam buat dekat auditorium parcel D, Putrajaya.
Same places like the other year's before.
Tahun ni juga Puan Sri last jadi pengetua.
Hurm, banyak betul yang terakhir tahun ni ye. Hopefully next year, will be better then this year.
Insya'Allah. And the most important i gonna miss my school, my teacher and my friends.
Lepas ni takde dah gelaran pelajar sekolah lagi. hahaha :')
at the time
My everything!
six girl of sumo's
with best of students. Nasyrah Amirah :))
amek aura pelajar cemerlang jap..haha
Half of 5 Aset..
Gonna miss them, one day.. :')
My mummyyyy :*
Shashaapinoooo :* Friend since from 2.
Nur Amira Azdeen! friends since standard 6 :')
loveyou myaa
Our'sss
That all.. hehee! yang paling penting aku akan rindu semua kenangan kita.
Kenangan kita gelak ketawa sama-sama kan.
Kalau sehari jumpa tak gelak tak sah kan..haha
I love you guys..
The true friends always be with you for every second.
My only one pet
Ahad, 6 Oktober 2013 @ 7:54 PTG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai semua.
Kehilangan yang amat menyidahkan buat kami sekeluarga. Subhanallah peritnya ujian :'(
Ahad, 6 hb Oktober 2013, jam 5.32 petang.
Hembusan nafas terakhir dari si manja.
Ya Allah hanya tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu, hanya Dia je yang tau betapa sedihnya aku kehilangan binatang kesayangan ku.
Manja satu-satunya kucing yang atien bela paling lama, yang paling pandai.
Lepasni tiada lagi ciuman dari manja, telatah comel manja, perangai nya yang suka tunggu depan pintu semasa kami semua pulang. Garang manja, cerdik manja.
semua tu tinggal kenangan sekarang. Tiada yang boleh menggantikan tempat manja.
Atien redha dengan pemergiannya. Daripada tengok manja terus menderita sakit terus terseksa untuk bernafas, lebih baik dia pergi mengadap yang Maha-Esa.
Perit, sakit Tuhan dah tentukan jalan yang terbaik untuk hambanya.
Sebelum ni pun manja kerap sangat sakit. Dah banyak kali bawak dia pergi klinik haiwan. Kesiannya ubat dia makan mengalahkan manusia. Istimewanya haiwan kan.
Ya Allah bukan senang nak jaga haiwan ni kan, macam-macam ragam dia ada.
Dia dah melatih kita untuk menjadi lebih penyayang.
Pemergian manja amat dirasai kami sekeluarga.
Indah nya kerja Tuhan.
Manja meninggal semasa perjalanan nak bawanya ke klinik.
Abah cakap manja meninggal dalam kereta sebab dia tanak menyusahkan kita semua lagi.
Dia tanak kita susah-susah cari klinik hari miggu ni.
Dia tanak kita habiskan duit untuk dia lagi.
Dia tanak kita menderita tengok dia asyik sakit.
Dia nak kita tersenyum je tengok pemergiannya.
Ya Allah kata-kata abah tu menusuk aku tak boleh tahan menangis lagi.
Aku tak boleh berhenti menangis masa tu. Sepanjang perjalanan aku tengok je muka manja.
Aku usap dia, aku cium dia buat kali terakhir.
Sebelum kami bawa dia ke klinik, ibu sempat suap dia makan guna tangan ibu.
Manja tak mampu duduk, tak mampu baring sebab nafas nya tersangkut-sangkut.
Atien sempat lap mata dia, sempat suapkan air dia. Dalam kereta pula air liur dia tak benti keluar atien lapkan.
Sedihnya Ya Allah.
Tak sangka itu kali terakhir kami buat semua tu untuk dia.
Semua ni adalah takdir Allah.
Dia baru menguji kita dengan kehilangan sesuatu yang kecil dalam hidup kami.
Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah.
Jangan sesekali salahkan takdir yang telah diatur Allah.
Ada hikmah disebalik yang berlaku.
*lapairmata* tabah kan hati, tenang kan jiwa.
Manja tetap masuk syurga.
Satu hari nanti manja akan tolong kita di akhirat nanti.
Insya'Allah :')
Pemergian manja tiada pengganti. Tapi Tuhan dah menentukan segala-galanya. Semalan atien jumpa kucing yang kaki nya takde. Subhanallah kesiannya :'( Niat di hati hanya nak berinya makan di rumah. Last-last sekali abah cakap amek lah dia. Kita bela dia. Mana tau kucing tu bawa rezeki untuk kita. :'(
Indahnya perjalan yang diatur Allah untuk hambanya.
Sekarang kucing tu ada dirumah kami. Dan kami akan belanya sebagaimana bela manja dulu :')
Nama kucing tu ialah MEMEI . hehe.. comel kan.
Dia tak boleh gantikan manja tapi dia boleh mengubat kesedihan kami semua.
Memei walaupun awak tak cukup sifat, tapi telatah memei dah hilang kan segala kesedihan kami sejenak. Mungkin ini dah tertulis. Perginya manja, datang memei.
Sesungguhnya Allah sedang menguji tahap kekuatan diri kami menghadapi dugaan dariNya.
Bulat O Bulat
Selasa, 1 Oktober 2013 @ 11:45 PTG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum.. hai semua...
Look at the tittle ! Okey bulat O bulat ! hahahaaa... apa kah yang dimaksudkan itu. Hurm, sekarang ni busy dok rumah dengan buku, sampai keluar rumah pon dah jarang. Kalau keluar rumah dah jarang apakan lagi nak jumpa dengan orang lagi lah jarang. Asyik terperap kat rumah je.
Lamanya aku tak jumpa along. Since lepas raya mana ada dia datang, then tadi dia datang siap bawak pizza lagi ! yum yumm sedap!! hehe.. okey, soalan pertama dia tanya. Bout my trial? okey lah Alhamdulillah..
Tiba-tiba dengan tak semena-mena nya dia tegur pipi aku. Asal sekarang pipi billa makin tembam?? Ya Allah, sentap sekejap. Ni lah akibat nya bila nak gemok then makan banyak-banyak. Lepastu lemak tu bukan pergi dekat badan pon dia kumpul dekat pipi. Spoil! I need some fat, nak berisi skit. Tengok dalam gambar tu sudah laa. sobb sobbsss :(
Not only along yang tegur pasal pipi atien, cikgu ros yang dah lama atien tak jumpa pon tegur. Harap je satu sekolah tapi lama tak jumpa. Haisyhh, jumpa dia kejap nak lepas kan rindu. Last-last soalan tu jugak yang ditanya. Depan cikgu-cikgu lain pulak.. Kalau tegur badan atien dah naik ke ape ke okey lagi. Ni tegur pipi dah makin tembam. huhu.. Tapi takpe lah ianya comel bukan? Comelkan Kak Ton?? hahaha...
Betul punya bulat kot! lepas ni pleasee pleasee nak gemok dekat badan! haha. Sometime suka jugak dengan pipi yang macam ni aset tu..haha! poyogedikkss! mentang-mentang blajar akaun kan habis aset semua keluar. Okey cakap pasal akaun tak sampai sebulan je lagi nak menduduki peperiksaan besar. Peperiksaan yang menentu segala-galanya..
Goodluck Batch'96 Keep & touch :)
Jumaat, 27 September 2013 @ 1:13 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum ! hye whatsup guys! Lama gila tak updated blog.. I thought my block ke hack lah ape lah..haha! yelah lama betul atien tak boleh buka blog ni, sebab tiap kali nak buka je no page found! no page found! no page found! lol! Sampai nak post cerita pasal hari raya aritu pon tak boleh! huhuu..sedih kan! Keep & touch title takde kena mengena! hahaa
So now! It back! firstly, bout last day 25 September 2013! Our school SMKBTHO 2 didatangi oleh pelajar-pelajar MAKTAB TENTERA DIRAJA ! wwoooo! amazed gila tengok dorang semalam masuk sekolah! ni kalau cikgu bm baca ayat aku memang kena lah ni! haha. okey back! segan bangat sih! hahahaa.. Okey diorang datang sekolah sebab nak jayakan program sekolah kitorang iaitu SMART PARTNERSHIP ! taraaa! hahaha... You know what, orang pandai . Diorang datang untuk ajar kitorang add math! Seriously cara dorang mengajar best, yang paling penting atien paham..yeah! Thanks a lot guys for coming yesterday..
TRIAL SPM! so batch 96's how's ur result?? mesti gempak habis kan.. Maklumlah korang semua pandai-pandai! Amin! Alhamdulillah result atien banyak meningkat just a few je yang menurun.. Yang penting atien dah memenuhi syarat kelayakan untuk ke hari GRADUASI ! Alhamdulillah! I'm so excited! okey gedikss! haha.. maaf ye :) Kepada students of smkbtho 2 kita jumpa di putrajaya nanti. Cantik dan handsome-handsome belaka . Jadi untuk hari esok pula 28 hb solat hajat di masjid bandar tun hussein onn. Semoga Tuhan Permudahkan SPM kita tahun ni ye.
Kalau ada yang tak suka atau atien ni menyakitkan hati ke, atien mintak maaf ye. Manusia tak pernah lari dari kesilapan. Kepada pelajar-pelajar PMR semoga berjaya dalam peperiksaan minggu depan ye :) Kepada pelajar SPM pula good luck untuk spm nanti. Masa kita tak lama, tinggal 40 hari je lagi.. tolak makan minum tinggal berapa saat je lagi. So prepare our self :) Try our best and make it them (parents) proud of us :')and lastly! thanks boy for coming in my life ---> now, no more reasons for sadness! - You deserve something really special Friends ;)
Selasa, 18 Jun 2013 @ 6:24 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum hye guest... hurm, nampak tak blog atien ni dah berubah kan? nak tau tak siapa yang buat semua ni. Ini lah hasil tangan FARAH 'ASYIKIN , atien ni takde lah pandai sangat pasal blog kalau nak ikut kan dah berapa kali farah ajar tapi susah betul atien nak pick up. Tak macam korang, jeles dengan blog korang yang lawa tu. Pape pon too much thanks to farah sebab sudi tolong betulkan balik blog atien ni. Walaupun dia busy dengan kerja kursus akaun. Thanks ye Farah. Farah ni dah macam-macam atien mintak tolong dengan dia. Atien harap farah okey ye sayang. Sebetulnya atien rasa menyusahkan farah sangat sebab dah terlalu banyak mintak tolong farah. Atien bukan ape, atien cumaaa...urm, ntah laa. okey nak nangis pulak. Pape pon *terima kasih banyak-banyak farah. :')
Korang nak tau tak?? gara-gara atien tak jumpa url nak delete background blog then atien try lah ikot suka atien tak sangka pulak sampai-sampai je try buka blg abis semua hilang. *terlebih pandai kan! Masa tu memang rasa nak menangis, dengan kerja akaun nya atien blur tak tau nak letak macam mana, lepas tu time-time ni lah print atien ink dia habis. Ya Allah dugaan nya hari ni. Hurm, esok dah lah folio akaun kena hanta. Ingatkan sempatlah nak buat. Tak sangka pulak yang ink tu nak habis harini jugak. Tulah bila kerja bertangguh kan?? :( mintak-mintak esok hati cikgu baik. pleasee I just hoping! semua ni kita tak rancang kan, benda nak jadi semua nya ada sebab. To farah sorry waste kan masa farah dengan betulkan blog atien ni, even farah sekarang tengah banyak kerja dengan folio akaun lagi yang nak kena hanta esok. Sorry sangat2. Farah dah betulkan blog atien dari A sampai Z . Farah siap letakkan gambar atien lagi, gambar tu atien pakai tudung farah.:') Thanks farah!
Tadi on twitter bace tweet farah then terus buka blog. Impress gila dengan apa yang dia dah buat. Kalau nak harapkan atien buat sampai macam tu sekali memang tak menjadi farah. Totally thanks to you dear. I'm really appreciate it. I'm sorry again farah. Even farah busy dia tetap tolong atien, walaupun benda tu sikit, it really mean to me guest. *sobb (crying)! haha.. apelah atien ni. Farah, if farah baca ni I just wanna say thanks too much thanks farah. Tak tau macam mana nak balas jasa farah. Thank you so much! Tulah orang kata kawan yang baik akan selalu ada di setiap susah dan senang. :') I really do love you friends. To farah, nina, aini, farah idlina, khalis, shafina, aina,mya, eiqa, aymie, eyka hamali, nik, fatin, farah nadia, khalidah and semua lah kawan atien yang atien rapat.
I love you guest. Thanks for being my friends & we will be friends forever.
haa, inilah dia FARAH 'ASYIKIN.
sorry ye curi gambar awak sayang..
muahhh :-*
Father's day, Birthday & Sports day
Ahad, 16 Jun 2013 @ 2:12 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum! hye whazzup .. sihat tak? hopefully sihat lah ye. Hurm, hari ni hari ahad dan Hari Bapa. Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di Malaysia dan kepada bakal bapa juga. Selamat Hari Bapa. Atien dah wish tadi dekat abah atien. Korang dah wish belum?? Memanglah hari bapa ni setengah orang kata tak elok. Tapi kalau kita perbetulkan niat kita insya'Allah semuanya akan ok. Niat kita cuma nak menghargai bapa kita je kan. Nak menghargai segala pengorbanan dia selama dia membesarkan kita dari kita lahir sampai lah kita besar. Baik, buruk ayah kita dia tetap ayah kandung kita darah yang mengalir dalam badan kita ni adalah darah dia juga. Jangan sesekali lupa asal-usul kita yee. Walaupun ayah tu bukan ayah kandung sekalipun tapi sekurang-kurangnya kita ucapkan selamat hari bapa sebagai tanda terima kasih sanggup menjaga kita. Mesti ada antara korang yang celebrate Father's Day ni kan. Happy happy selalu. :) Atien tak bagi pape pon hari bapa ni baru-baru ni pon birthday abah 11.6. Hari jadi yang ke 43 tahun.. haa, abah dapat hadiah best woo.. Samsung Grand!!! Wooo, awesome lah hadiah tu. bukan senang nak dapat hadiah sampai macam tu kan..hahaa. Pape pon Selamat Hari Jadi Abah ^^
Dad,
For all those time I left it unsaid..
Thank you..
Thanks for being there for me..
For showing me the way..
For being patient with me even when I made it difficult for you..
For believing in me & encouraging me to dream..
and being such an inspiring presence in my life..
I love you dad :')
NOW SPORTS DAY SMKBTHO2!
As the title kat atas ikut susunan k..haha. sekarang pasal sukan tahunan pula.
Harini sekolah atien ada buat sukan tahunan di UPM Serdang.. Waaa, jadi pelajar universiti kejap. wengwengg! *berangan* hahaa. Insya'Allah tahun depan bakal jadi pelajar UNIVERSITI! aumm! :D haha.. Atien tak main pon, cuma jadi penonton setia! Penonton setia untuk semua rumah sukan..haha. Actually atien rumah Suaindah *hijau* tapi atien ni bukan jenis yang races (takdekenamengena) so atien sokong semua la..hehe. Banner nak bawak untuk Scha tak de. sad ! *tipuje* Gara-gara tak bawak banner Scha hilang sikit semngat dia nak menang nombo satu. haha..kidding ! Tapi okey la menang, dapat nombor jugak kan??hahaa. Pape pon tahun ni sedih takde perbarisan agak membosankan sedikit. Tapi takpe lah just happy-happykan diri dengan kawan-kawan *final year lah katakan..hahaa. Abis pecah perut lepak dengan aini, farah, eyka, khalis, aina, aimie..haha! diorang memang gila doo! Gelak sampai tak ingat dunia..hahaaaa! Yang penting best lepak ngan diorang. :) Aimie baik harini, pagi tadi lapar makanan lambat sampai then makanan aimie sampai dulu. Dia sweet arini, kitorang main suap-suap, lepastu bila makanan atien dah sampai dia tolong carik-carikkan ayam bukakan plastik kuah sup laa..haha! *jeles tak* hahaa :p Then, bila semua acara dah abis kumpul lah kami semua di tengah padang dengan panasnya. Takpe happy kan :) Macam biasa lah cikgu umumkan rumah sukan yang Johan tahun ni. Nombor satu siapa lagi kalau tak Suadamai, ke-2 Suakasih, ke-3 Suaindah, ke-4 Suasana, ke-5 Suarasa. Begitulah kedudukan rumah sukan tahun ni. Walaupun Suaindah nombor tiga atien tetap bangga top three uollss.. ada lah dari takde..haha. ok dah habis macam biasa lah berebut balik pergi kat bas. Khalis lah paling kelakar dia berlari semata-mata nak amek tempat belakang sekali..haha. Tak sia-sia taw usaha dia, dapat meyh..haha. Ok sampai situ sahaja lastly kitorang balik. Rehatkan badan, tidur...
zZzZzzzz...
Our best moment today .
Gambar eyka dengan aimie takde kat sini..huhu.
Pape pon sayang korang yang dah buat aku gelak macam orang gila sehari suntuk ni.. muahh :-*
Moment Netball Game
Ahad, 2 Jun 2013 @ 1:13 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai lama tak update blog..huhu.
blog atien banyak yang annoying kan. huh!
hurm, hari ni nak share pasal netball semalam 1 hb 6.
semalam join open game dekat IKBN Hulu Langat..
memang ramai orang kat sana.. ada game bola jaring n sepak takraw.
Alhamdulillah kali ni team atien menang..huhuu
dapat lah jugak hadiah duit gitu..
haa bukan senang nak dapat duit macam tu je kan. jeles tak, jeles tak..hehe
nak share our moment semalam.
haa, ni gambar bersama ieka dan cikgu rai.
masa ni on the way nak pergi IKBN..hehe
muka atien time nie agak sembap sikit, maklum lah..haha
jadi jgn tgk lama2 sangat mata atien tu ye..hehee xD
tengoklah kegilaan kami, memang macam tu.
kepoh tau, kitorang ni..hahaa..
time ni masa tunggu turn nak lawan..huhuu
hurm, kitorang lawan ngan macam2 team..
ada team mak-mak orang lah, team akak2 yang terel pon banyak.
tapi alhamdulillah menang jugak walaupun tak dapat johan..
time ni gambar lepas penyampaian hadiah.
hurm, tu lah kami..
okey la sampai sini je.
nanti kalau da cerita yang lagi menarik nak dikongsi atien update sini ye...
keep smile :-)
~ Love End ~
Sabtu, 15 Disember 2012 @ 10:51 PG | 0 Comment [s]
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar betambah kekuatan untuk menyintaimu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh cinta,
Izinkan aku menyentuh hatinya yang bertaut pada-Mu,
Agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbi jika aku jatuh cinta,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling cintaku pada-Mu.
Assalamualaikum semua. ada yang tak tidur lagi ke malam-malan ni?
tidur la tau, dah lewat malam ni dah pkul dua sengah daa..hehe
malam ni nak cerita pasal ape ek,cer teka cer teka.. hehee xD
hurm, malam-malam ni nak jiwang sikit cerita cinta nak..
mesti bosan kan baca benda sama je. eh2 ni cerita lain dari sebelum ni la.
nak tau kena baca sampai habis tau, tau !
Hurm, mulai sekarang kita kena mulakan hidup baru !
kan dah masuk tahun baru,jadi kenalah mulakan dengan hidup baru, azam baru, dan orang baru.. cehh!
hurm, ape nak jadi daa! gatai! Spm tu tahun depan kena fokus fokus! xD
Mulai sekarang atien kena belajar berikan hati atien pada yang lebih layak, iaitu Tuhan yang Maha Esa.
Segala kejadian yang berlaku sekarang adalah kehendaknya.
Mungkin disebalik semua ini ada keajaipan yang akan tercipta nanti kan. siapa tau.
Permulaan hidup baru tak selalunya akan bermula dengan indah kan.
Kita manusia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.
Berdoa, berusaha itu adalah kerja kita untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. :')
Berhenti lah keluarkan air mata untuk seseorang yang tidak perlu kita tangiskan
dan biarkan air mata ini mengalir kerana ingin diampunkan dosa dari Tuhan diatas segala salah silap kita.
Sesungguhnya ujian yang diberikan amat berat untuk kita lalui.
Tuhan bagi ujian dekat kita sebab dia sayang kita kan, dia nak tengok kekuatan iman kita terhadapnya.
Percayalah satu hari nanti ada yang lebih baik diantara yang terbaik bakal menemui kita :')
Hati perempuan ini tidak lemah, hati mereka sangat kuat,sehinggakan mampu tersenyum dalam kesakitan.
Perempuan adalah satu-satunya hamba Allah yang diciptakannya yang mempunyai keunikan tersendiri.
Bagi perempuan mesti tau kan ape kekuatan kita walaupun perit kita rasa kan tapi itu yang terbaik.
Cinta itu indah.
Memiliki cinta itu mudah.
Tetapi untuk memiliki cinta dari seseorang yang dicintai mungkin susah.
Permulaan hidup adalah permulaan untuk segala-galanya :')
# HANYA DENGAN SEMINIT KITA MAMPU UNTUK MENGENALI SESEORANG, SEJAM UNTUK MENYAYANGI NYA DAN BERTAHUN-TAHUN UNTUK MELUPAKAN NYA. :')
12.12.12
Khamis, 13 Disember 2012 @ 1:07 PG | 0 Comment [s]
Sedar tak sedar kita dah nak sampai ke penghujung tahun dah kan.
Semalam 12.12.12 cantik kan tarikh tu.
Kalau korang dating dengan pakwe makwe.
Atien pon dating jugak semalam dengan makwe-makwe atien laa..
*makwe atien yang ikot semalam, farah idlina, hajar, farah nadia andd ain.
ain ni sepupu farah, mula-mula dia sampai rumah ingatkan sofia classmate masa form 3 dulu. Rupanya silap orang..haha xD Diorang sampai rumah atien dalam pukul 10 lebih jugak la..masa tu atien tergedik-gedik siap lagi. tengok lah! lembap betul kan atien siap..sorry ye kawan-kawan ku yang setia menunggu. Bila atien dah siap semua tu turun lah bawah pergi The Mines naik bas. Nasib baik lah keluar je terus ada bas xde lah nak menunggu lama-lama lagi.
Bila dah sampai kat mines tu pulak tunggu farah idlina sampai.
kitorang pon jalan-jalan lah sekejap cuci mata tengok baju dekat sana. tungu punya tunggu last-last atien coll farah tanya ada mana. Rupa-rupanya dia kat depan je. Haa, ni kali kedua coll dia last2 dia ada kat depan,memang suka kredit masa tu kan..haha :') Nanti masing-masing gelak, tak leh blaa je masa tu..haha Bila dah sampai tu gy wayang dulu beli tiket. dekat sana nak pilih movie taknak lama pulak. kejap cerita dracula laa, lepastu boleh tu ada tanda 18 pulak doh! kalau masa tu farah idlina tinggi rasanya dah boleh kot tipu agaknya..hahaa :p farah usahakan ketinggian yee...hahaa pilih punya pilih punya pilih ! haha.. baru pilih, tengok cerita Legenda Budak Setan 2 Katherina. Sementara tunggu wayang pukul 1.10 tu baru mula. kitorang jalan-jalan gedik-gedik tangkap gambar. Kamera hajar yang punya..hohoo
tengok tu nampak tak kegediakan kami nih! haha
lepas dah tangkap gambar tu atien ajak diorang gi MIECC dekat sana ada pesta buku..
banyak woo, memang gila siapa yang pergi sana.
terutamanya budak2 yang kaki ulat buku lah..
yang ni tipu lah kalau atien kata tak pernah dating kan..
hahaha xD
just for fun this book.
DATING IS HELL
haa,yang ni ignore kan muka atien yee..
hahaa
The World Biggest Book Sales !
siapa yang belum pergi pergi taw! murah2 je..ceh promote pulak kita nii :D
lepastu kitorang gi masuk panggung, eh2 sebelum masuk panggung beli popcorn dulu.
tengok lah anak dara ni, nak beli popcorn pon amik masa lama nak beli mana..
last last beli two regular popcorn and two sprite. LoL xD
Bila dah masuk panggung tu taknak lama pulak iklan dia.
haishhh, tak sabar tau.. hurm,lalu cerita pon bermula.
Ending dia atien menangis sedih tau anak dia meninggal pulak.huhuuu :'(
atien ingat atien sorang je nangis rupanya hajar pon nangis juga, teman atien lah katanya :p
bila dah abis tu ada pulak trailer LBS 3 Kasyah! best wwoooi!
tak sabar nak tengok, wajib tontonn..haha
Lepas dah habis wayang, pergi jalan-jalan cari baju farah idlina and farah nadia.
atien,hajar andd ain tak beli pon just cuci mata je.
kitorang dok luar kedai tangkap gambar gedik laa katakan ..hahaa :')
farah and hajar budak yang sentiasa gila.
hahaa xD
haha..muka aku time ni macam tercekek sebab tangan kau hajar. haha..
atien kenal hajar ni since atien darjah 4, masa tu atien budak baru sekolah tu..
dah 6 tahun kita berkawan and still counting.
ni pulak gambar dengan farah idlina.
si kecil molek lagi pendek..hahaa.
dia banyak bagi nasihat kat atien, dari segi pelajaran atau pape je laa :')
gambar atien dengan farah nadia and ain tak banyakk..
haa dua gambar bawah tu gambar diorang sebelah kiri farah nadia andd sebelah kanan ain.
Lepas dah habis jalan semua tu, kitorang pon nak balik dah. so hanta farah gi rounder board dekat atas. mula lah sedih, taching taching bagai, macam lah aku tak jumpa dia langsung..haha :')
hajar lah yang sedih nanti dia gi asrama dah tak tau bila boleh hangout macam ni lagi.
Setelah sekian lama tak keluar dengan hajar akhirnya dapat jugak kita keluar kan..
that moment always in my mind.. sobsobbb :')
#AKU TAHU HAJAR AKAN DATANG SINGGAH BLOG NI. SEMUA GAMBAR DEKAT ATAS TU GAMBAR YANG SAMA DALAM BLOG DIA. SAYA MENCURINYA, TAPI DAH MINTA IZIN DARI DIA DULU SEBELUM TU...hahaa
Capitah NZ :')
Ahad, 9 Disember 2012 @ 11:25 PTG | 0 Comment [s]
Hye peece!(Y) hehe.. tengok gambar atas comel kan sad face.
*a lot of meaning on that face..
Atien rindu orang yang pernah atien sayang dulu. Rindu sangat sangat dekat dia. Apa lah dia buat sekarang kan, dia tengah gembira tu dengan awek dia. Bagus lah kalau tu keadaan dia sekarang. Tumpang gembira (^"_^"). Hurm,sampai bila aku nak main dengan perasaan ni. Sekarang semuanya dah berubah takkan tak boleh terima lagi. Atien sendiri tak paham dengan diri ni, rasa macam nak hentak hentak je kepala ni nak lupakan dia nak hilang ingatan. Kenapalah susah sangat nak lupakan dia, dah tujuh bulan hidup single, bukan tak usaha nak lupakan dia dah macam macam cara dah buat sampai dah nekad nak tutup pintu hati untuk orang lain sekarang. Masalah lah betul perempuan ni tak habis habis ingat kat dia. Sampai bila pon tak tau.
*Dia orang pertama yang paling lama atien bersama.
Sayang atien dekat dia hanya Tuhan je yang tahu perasaan atien dekat dia.
Kenapalah kuat sangat sayang & cinta pada dia.
Ohh pleasee! jangan macam ni boleh tak perempuan!
Kau kena kuat! Berhenti berharap untuk sesuatu yang belum pasti ni!
Jangan jadi bodoh untuk seorang lelaki yang pernah kau sayang.
Sebaliknya kau doakan dia supaya dia lebih bahagia sekarang :')
*awak...awak dah mengajar saya macam macam erti hidup.
awak mengajar saya menjadi lebih matang dan terima kasih kerana awak selalu ambil berat pasal pelajaran saya. Saya tahu apa yang awak buat ni sebab awak nak yang terbaik buat saya kan..kan awak kan?
awak dekat sana pon, saya sentiasa doakan yang awak bahagia dengan dia.
Tapi kenapa ada yang macam tak puas hati je dengan saya sekarang. Bukan saya yang cari masalah tapi dia yang cari point dekat saya. Saya tak ganggu kebahagiaan awak. Takpelah awak mungkin betul salah saya. Saya pon boleh bahagia kan awak? saya pon nak bahagia awak..awak pon tau kan. awak, saya rindu sangat dekat awak tau. awak tau tak?? hurm, mesti awak tak tau kan.. xpe saya paham awak dengan orang lain sekarang *lapairmata*... Saya kuat awak, saya kena kuat! awak doakan saya taw awak.
*Banyak kenangan kita kan awak. Selama dua tahun kita bersama susah senang kita macam macam dah jadi dekat kita kan. Pahit manis kita macam macam dah kita rasa selama dua tahun kan.
Alhamdulillah hubungan kita mampu bertahan bertahun-tahun kan awak :')
Dua tahun kita lalui perjalanan hidup ni banyak sangat kenangan kita.
awak ingat tak?? makan aiskrim baskitrobin, bluberry cheese cake, macam macam laa..
*auww.. sedapkan awak :)
saya terlalu rindukan awak sekarang ni.
Diri awak........
*awak baik dengan saya
*awak gila-gila sama macam saya
*awak caring sangat sama ada diri saya atau pelajaran saya
*awak sporting habis tahu
*awak kuat cakap saya gemok :'D
*awak suka puji diri sendiri (takmalu)
*awak hormat keluarga saya
*awak garang (takut~~)
*awak best sangat
*yang paling penting awak suka buat saya ketawa
saya nak awak bahagia dekat sana ye dengan si dia.
saya doakan yang terbaik untuk awak berdua dan saya harap impian awak untuk jadi chef yang berjaya tercapai tau.. ingat tak awak pernah cakap kat saya 'jangan terkejut kalau satu hari nanti sultan makan makanan saya" saya ingat ayat awak tu..haha InsyaAllah akan tercapai impian awak tu asal awak belajar pandai-pandai taw.
Terima kasih awak untuk segalanya. Terima kasih selama dua tahun dengan saya awak.
Terima kasih atas segalanya yee. Takde apa yang mampu saya balas.
Saya mintak ampun, maaf dengan awak atas segala salah silap saya dari mula kita kenal hingga hari terakhir kita bersama ye awak.
SAHABAT
Isnin, 3 Disember 2012 @ 9:19 PTG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai hai :)
Sekarang kita dah hampir ke penghujung 2012.
mesti ada yang tak sabar nak pergi sekolah rindu kawan-kawan kan.
Tadi baca blog Adaa bila baca blog dia rasa sebak nak nangis.
kisah seorang sahabat yang sentiasa rapat dengan dia, walaupun hanya kenal dalam laman sosial.
Tapi persahabatan mereka amat kuat.
Bila baca blog tu teringat pulak dekat seorang kawan yang dulu sentiasa bersama atien.
Sahabat adalah sebuah ikatan yang indah,
Ikatan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t
Sahabat yang baik akan sentiasa ada bersama kita walau susah dan senang.
Eika aku rindu kita yang dulu, kita yang sentiasa bersama. Dulu kat mana kau kat situ mesti ada aku kan.
Ingat tak masa sekolah rendah dulu, kalau kawan-kawan lain nampak kita tak berdua mesti cakap 'korang gaduh eh'.. ayat tu mesti akan keluar dari mulut diorang, sampai macam tu sekali kan. Kau tak rindu ke kita yang dulu? Kenapa sekarang kau dah mula berubah, dulu kau cakap apa yang kau rasa akan aku rasa dan apa yang aku rasa kau pon akan rasa. Tapi semua tu dah takde dah sekarang kan. Kau dah banyak berahsia dengan aku, termasuk aku. Ape kena dengan kita ni sekarang? Aku rindu kita yang dulu eika. Kita dah banyak berubah, kadang-kadang tu aku rasa sunyi bila kau takde. Aku rindu kau eika, kau tak rindu aku? :(
Persahabatan kita banyak di uji.
Macam-macam dugaan yang jadi dekat kita.
Aku menangis, aku takut hilang kau yang dulu sebab aku sayang kan kau.
Aku nak kita yang dulu eika.
Kau ingat tak kali pertama kita mula-mula kenal? Kita rapat sejak kita masuk bola jaring masa sekolah rendah kan. Sejak dari tu kita tak pernah renggang, tapi sekarang kita dah tak macam dulu. Kau dah jauh dari aku sekarang. Aku tau kau rindu aku jugak kan? mesti kau pun rindu kan *lapairmata*.
Jika aku menyakiti hatimu,
bukan niatku menyakiti hatimu,
dan bukan niatku melukakan hatimu,
tapi niat ku inginkan yang terbaik buat temanku,
maafkan aku sahabat.
Dulu aku aggap kau lah sahabat dunia akhirat aku. Tapi dalam sekelip mata je kau dah berubah. Bukan aku nak salah kan kau eika, aku nak kau yang dulu. Sahabat aku yang dulu susah senang kita, gelak ketawa kita. Itu adalah diri kita yang dulu. Aku rindu semua kenangan kita. Kau ingat tak masa kita pergi melaka dengan trip sekolah rendah dulu, berebut katil dengan budak-budak lain. Last last kita yang dapat dengan wani kan. Satu katil queen tu kita yang konker kan..haha ingat tak?:') aku rindu semua tu eika, rindu segalanya. Bila dalam team bola jaring ingat tak Cikgu Zalina ada cakap chemistry kita kuat. Mesti lah kuat kan 'bestfriend'. Tapi sekarang mana chemistry kita yang dulu? semua nya dah berubah kan. Aku tak salahkan kau sebab aku tau aku pon ada salah jugak. Persahabatan kita dah 6 tahun eika and still counting. Aku harap sangat persahabatan kita akan kekal sebagai sahabat dan takkan berakhir. Mengenali kau adalah sesuatu yang bermakna dalam hidup aku.
Tiada ungkapan perpisahan dalam sebuah persahabatan walaupun maut menjadi nokhtah
kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya.
Kawan yang menjadi teman sewaktu gelak ketawa ramai,
tetapi kawan yang menjadi teman sewaktu menangis susah dicari.
SAYANG EIKA :')
New Day
Isnin, 26 November 2012 @ 7:52 PTG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai :) hari ni kita buka buku baru dan tutup buku lama ye. Mulakan hidup baru anda dengan senyuman..haha! haa, menaip sambil makan coklat cadbury mouse chocolate auww!sedap!hehe.. nak beli sendiri ye.. hurm, bukan apa makan coklat kan boleh gemok kan badan, tengah usaha nak gemok lah ni. eh btol ke? hurm, pape je la.. Ok sekarang nak mula bercerita. harap-harap tak jemu lah membaca ye. kisah kawan-kawan aku, farah,aini,shafina,nina,mya,eika aku rindu korang semua taw! hurm, kepada Shafina dan Aini! korang kuatkan diri ye, aku paham apa yang korang rasa aku pon pernah rasa semua tu. KIta perempuan kena kuat ye, jangan tunjuk yang kita lemah taw! Ingat aku sayang korang aku tak nak dengar cerita buruk-buruk pasal korang, jangan buat benda yang boleh menyakitkan diri korang ye. Mane kita yang dulu weh?? Kita yang sentiasa gembira, gelak-gelak,gila-gila, sewel kita mana semua tu? korang tak rindu ke. Hidup ni tak selalu indah, Tuhan bagi semua ni berlaku sebab dia nak uji kita. Dia nak tengok diri kita kuat ke tak nak menghadapi semua ni. Hidup manusia sha, aini tak selalu indah kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah tu lah asam garam hidup manusia. Gembira,sedih,suka,duka itu semua dah sebati dengan kehidupan manusia sekarang. Ingat bukan kita sahaja yang rasa semua tu, orang sekeliling kita lagi teruk rasa agaknya. Jangan pernah salahkan takdir semua ni berlaku dekat kita, mungkin Tuhan sedang merancang yang lagi baik untuk kita. Tuhan tu maha adil sha aini, ingat tu! berdoa yang penting. Aku rindu kita yang dulu. Dear, back to normal please. Kita mulakan hidup baru. Jangan sebab kan seorang yang bernama lelaki hidup kita musnah sayang. Tahun depan kita dah nak spm kan, ingat tu lagi penting. Aku pon tak kuat weh, tapi aku belajar untuk terima semua ni dan aku positif kan diri aku untuk masa depan aku nanti. Cuba pikir sampai bila nak jadi macam ni, sampai bila nak menangis, nak sakit ? sampai bila weh?? sampai masa nya nanti kita kena jugak terima semua ni. Ingat jangan salah kan takdir dan jangan pernah salahkan sesiapa pon! ini semua dah tertulis sejak azali lagi, korang tau kan. Kita kena belajar untuk terima semua ni, walaupun perit macam mana pon rasa, kita kena jugak terima sebab itu adalah hidup kita. Aku sayang korang, aku rindu korang yang dulu. Start with our new life dear! Be strong and wearing your cute smile everyday! Remember Allah is always with his servant !
just that time
Jumaat, 23 November 2012 @ 12:20 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum hye semua! :) sejak cuti sekolah ni hidup rasa semakin hari semakin bosan. Yelah duduk rumah je kan kita ni, hari-hari buat benda sama je. Tu lah kita ni kan, masa sekolah sibuk sangat nak cuti, dah cuti sibuk pulak nak sekolah. haiysshh! Budak sekolah, budak sekolah..haha. Hurm, tahun depan aku dah masuk tingkatan 5, wah dah nak abis dah kan. Cepat nya masa tu berlalu kan usia, hari-hari kita macam-macam dah berlaku. Hurm, sekarang ni hari-hari aku tak abis-abis asyik teringat dekat dia sorang tu. Kenapalah susah sangat nak lupakan dia ni kan? Apalah yang dia dah buat kat aku dulu..haha. Bukan dia tapi aku ni arh! susah sangat nak bagi peluang dekat orang lain sekarang tak habis-habis dengan berharap-berharap dan berharap. Sampai bila ni? hurm, ntah la. Sayang sangat dekat dia aku ni kan. Tuhan je yang tahu sekarang betapa rindunya aku dekat dia. Rindu sangat-sangat. Dulu aku terlalu ikot kan ego aku sangat, tapi dia selalu positif kan aku, bagi nasihat dan yang paling penting pelajaran aku. Haa, bab pelajaran memang take serius punya lah mamat ni dengan aku. Bukan ape takut nanti result aku teruk dia yang kena. Alhamdulillah berkat nasihat, and usaha aku PMR tahun lepas keputusan aku cemerlang walaupun tak semua nya A tapi cukup boleh buat keluarga aku dan dia gembira. Tapi jodoh kitorang tak panjang hanya mampu bertahan 2 tahun je sehingga 20.5.2012. Sejak dari tu kitorang asyik bergaduh. Kali terakhir jumpa dia pada 19.7.2012. Bawak hadiah yang nak bagi masa birthday dia. Sedih sebab sampai sekarang hadiah tu masih ada dengan aku lagi. Hurm perasaan aku dekat dia sama je macam dulu lagi tak pernah berubah. Kenapa susah sangat ni? Rindu,sayang,cinta semuanya sama macam dulu lagi. Sakit kita, gembira kita, sedih kita, kita sendiri yang rasa kan dan hanya mampu bercerita untuk kurang kan rasa tu. Tapi sekarang aku yang rasa perasaan ni sorang, tak nak kongsi dengan siapa-siapa . Biar aku sorang je yang tanggung, walaupun hipokrit depan semua kawan-kawan aku buat-buat gembira, gelak ketawa biarlah sebab itu yang terbaik bagi aku. Cukuplah selama ni dugaan yang aku rasa dan aku kongsi dengan diorang dah tiba masa nya untuk aku laluinya sendiri. Dia dah bahagia sekarang aku pon kena bahagia jugak. Dapat tengok dia bahagia pon dah cukup. Walaupun kadang-kadang tu sakit, mungkin ini jalan terbaik untuk kita. Tuhan jadikan semua ni berlaku mungkin ada hikmahnya, aku tak boleh salahkan takdir sebab ini memang jalan hidup aku yang tertulis sejak azali lagi. Berdoa yang mampu dan sekarang hanya mampu menyerah untuk segala-galanya. Aku akan tunaikan janji dia untuk SPM nanti. Insya'allah aku akan usaha yang terbaik dan tunaikan janji tu untuk masa depan aku nanti.
-.-.-.-
Rabu, 21 November 2012 @ 5:31 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hye whazzupp!! :D
lame tak update blog ni. huii, busy lah kata kan..hehe
Sekarang hidup dah makin ceria, walaupun perasaan tu kadang-kadang datang jugak. Tapi lebih baik macam ni, hidup sorang-sorang. hurm, rindu? Siapa yang tak rindu meyh.. Sayang pon masih lagi tau, hidup perlu diteruskan. Bukan berpatah balik tapi pandang ke hadapan untuk sesuatu yang baru. Tuhan jadikan semua ni berlaku mungkin ada hikmahnya. Dia yang merancang, hanya kita yang melangkah selama kita hidup di dunia ni. Hidup manusia tak semuanya indah kan. Atien pon nak bahagia macam orang lain. Jujur lah atien cakap perasaan sayang sama macam dulu, dan kadang-kadang masih berharap jugak. Berharap dengan sesuatu yang belum pasti akan datang balik semula. Selagi dia bahagia atien pun akan bahagia untuk dia. Biar lah dia bahagia sekarang, kadang-kadang atien sendiri tak paham kenapa lah sayang sangat dekat dia ni. Haishh! manusia-manusia. hehee.. Sampai perasaan dekat lelaki lain pon dah tak de ni. eh, payoh-payoh kalau gini. haha. Tak pe lah mungkin belum masanya lagi. Biarlah atien fokus untuk SPM tahun depan dan tunaikan janji atien pada dia untuk SPM nanti. Semoga Tuhan permudahkan segalanya yee..
Hurm, sekarang kita dengar pasal perang di bumi Gaza kan. Kita ni dah makin hampir dengan kiamat, macam macam petanda kiamat datang. Hidup kita pon macam tu kan. hurm, atien harap kita boleh hidup lebih lama lagi dan semoga Tuhan melindungi bumi kita dan selamatkan bumi Gaza.
Assalamualaikum :)
*********
Isnin, 22 Oktober 2012 @ 3:28 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum hye peace :)
with new hope and smile now.
life must continue right, wake up with new life ok.
atien dengan kak putri alhamdulillah dah berkawan.
tak salah kan untuk kita berkawan dengan awek pakwe kita.
hidup kan penuh dengan pelbagai dugaan.
kita kawan hanya untuk menambah kenalan, bukan untuk menjadikan musuhan.
kehidupan yang mulia, akan didoakan oleh Allah s.aw.
kehidupan mereka juga telah bahagia, cukup lah melihat mereka bahagia.
atien pon takkan ganggu kehidupan mereka.
mungkin ada hikmah Allah tentukan untuk menemukan kami bertiga.
sekarang untuk peperiksaan akhir tahun pulak.
Alhamdulillah setakat ini masih mampu tersenyum walaupun ada beberapa kertas yang kurang
untuk diberikan senyuman..haha
harap-harap atien dapat kekal dalam kelas tahun ni.
semua takut nak turun kelas kan.
so, harapan semua orang pon mesti nak kekal dalam kelas tahun ni kan.
ok, tinggal lagi 4 paper yang belum jawab lagi.
harap-harap 4 lagi kertas ni membantu lah ye.
Selamat Berjaya semuaaaa...
(^,^)'
Khamis, 18 Oktober 2012 @ 11:50 PTG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai awak semua sihat? harap-harap sihat lah ye. hurm, hari ni nak bercerita lagi pasal benda sama. haa, mesti bosan kan nak baca. biar lah itu kehidupan atien. hari ni genap 14 hari dia tak coll. tadi baru lepas stalk fb dia,tiba-tiba nampak dia wall dengan awek dia. Bahagianya dia sekarang, baguslah kalau dia sebahagia macam tu. tapi kenapa hati ni pulak yang tak tenteram, bukan ni ke yang atien nak kan. tengok dia bahagia dengan orang lain, walau sakit hati ni. hanya Tuhan je yang tahu macam mana hati dan perasaan atien sekarang. atien kena belajar untuk terima semua ni. kat luar hujan lebat, macam airmata atien sekarang. mungkin Tuhan sedang mendoakan kebahagiaan atien satu hari nanti. atien kena belajar untuk kuat menghadapi semua ni. Tuhan itu adil,jalan terbaik sekarang hanya berdoa untuk kebahagiaan dia hanya itu yang mampu sekarang. atien dah cukup bahagia tengok dia bahagia sekarang. harap-harap kak putri tu boleh jaga dia lebih baik dari atien. tipu kalau atien cakap atien tak sayang dia, tapi atien kena belajar untuk terima semua ni. sampai bila atien nak jadi macam ni. atien kena berhenti berharap untuk dia, berhenti nekad nak cari dia, berhenti pikir pasal dia. kalau ditakdirkan Tuhan jodoh itu ada, dia tetap akan ada. tapi kalau takdir memang bukan jodoh kita, itu atien kena terima. semuanya telah dirancang oleh Tuhan. Tuhan takkan menguji seseorang itu kalau dia tahu hambanya tak kuat nak hadapi dugaan itu kan. atien kena sentiasa kuat, insyaAllah janji atien pada dia atien akan tunaikan untuk SPM tahun depan. life must go on :) atien kuat!yeahh!
|
The Disclaimer
Let's Talk!
|