
|
just that time
Jumaat, 23 November 2012 @ 12:20 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum hye semua! :) sejak cuti sekolah ni hidup rasa semakin hari semakin bosan. Yelah duduk rumah je kan kita ni, hari-hari buat benda sama je. Tu lah kita ni kan, masa sekolah sibuk sangat nak cuti, dah cuti sibuk pulak nak sekolah. haiysshh! Budak sekolah, budak sekolah..haha. Hurm, tahun depan aku dah masuk tingkatan 5, wah dah nak abis dah kan. Cepat nya masa tu berlalu kan usia, hari-hari kita macam-macam dah berlaku. Hurm, sekarang ni hari-hari aku tak abis-abis asyik teringat dekat dia sorang tu. Kenapalah susah sangat nak lupakan dia ni kan? Apalah yang dia dah buat kat aku dulu..haha. Bukan dia tapi aku ni arh! susah sangat nak bagi peluang dekat orang lain sekarang tak habis-habis dengan berharap-berharap dan berharap. Sampai bila ni? hurm, ntah la. Sayang sangat dekat dia aku ni kan. Tuhan je yang tahu sekarang betapa rindunya aku dekat dia. Rindu sangat-sangat. Dulu aku terlalu ikot kan ego aku sangat, tapi dia selalu positif kan aku, bagi nasihat dan yang paling penting pelajaran aku. Haa, bab pelajaran memang take serius punya lah mamat ni dengan aku. Bukan ape takut nanti result aku teruk dia yang kena. Alhamdulillah berkat nasihat, and usaha aku PMR tahun lepas keputusan aku cemerlang walaupun tak semua nya A tapi cukup boleh buat keluarga aku dan dia gembira. Tapi jodoh kitorang tak panjang hanya mampu bertahan 2 tahun je sehingga 20.5.2012. Sejak dari tu kitorang asyik bergaduh. Kali terakhir jumpa dia pada 19.7.2012. Bawak hadiah yang nak bagi masa birthday dia. Sedih sebab sampai sekarang hadiah tu masih ada dengan aku lagi. Hurm perasaan aku dekat dia sama je macam dulu lagi tak pernah berubah. Kenapa susah sangat ni? Rindu,sayang,cinta semuanya sama macam dulu lagi. Sakit kita, gembira kita, sedih kita, kita sendiri yang rasa kan dan hanya mampu bercerita untuk kurang kan rasa tu. Tapi sekarang aku yang rasa perasaan ni sorang, tak nak kongsi dengan siapa-siapa . Biar aku sorang je yang tanggung, walaupun hipokrit depan semua kawan-kawan aku buat-buat gembira, gelak ketawa biarlah sebab itu yang terbaik bagi aku. Cukuplah selama ni dugaan yang aku rasa dan aku kongsi dengan diorang dah tiba masa nya untuk aku laluinya sendiri. Dia dah bahagia sekarang aku pon kena bahagia jugak. Dapat tengok dia bahagia pon dah cukup. Walaupun kadang-kadang tu sakit, mungkin ini jalan terbaik untuk kita. Tuhan jadikan semua ni berlaku mungkin ada hikmahnya, aku tak boleh salahkan takdir sebab ini memang jalan hidup aku yang tertulis sejak azali lagi. Berdoa yang mampu dan sekarang hanya mampu menyerah untuk segala-galanya. Aku akan tunaikan janji dia untuk SPM nanti. Insya'allah aku akan usaha yang terbaik dan tunaikan janji tu untuk masa depan aku nanti.
|
The Disclaimer
Let's Talk!
|