//Forever Imperfect
My only one pet

Ahad, 6 Oktober 2013 @ 7:54 PTG | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hai semua.
Kehilangan yang amat menyidahkan buat kami sekeluarga. Subhanallah peritnya ujian :'(
Ahad, 6 hb Oktober 2013, jam 5.32 petang.
Hembusan nafas terakhir dari si manja.

Ya Allah hanya tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu, hanya Dia  je yang tau betapa sedihnya aku kehilangan binatang kesayangan ku.
Manja satu-satunya kucing yang atien bela paling lama, yang paling pandai.
Lepasni tiada lagi ciuman dari manja, telatah comel manja, perangai nya yang suka tunggu depan pintu semasa kami semua pulang. Garang manja, cerdik manja.
semua tu tinggal kenangan sekarang. Tiada yang boleh menggantikan tempat manja.
Atien redha dengan pemergiannya. Daripada tengok manja terus menderita sakit terus terseksa untuk bernafas, lebih baik dia pergi mengadap yang Maha-Esa.
Perit, sakit Tuhan dah tentukan jalan yang terbaik untuk hambanya.

Sebelum ni pun manja kerap sangat sakit. Dah banyak kali bawak dia pergi klinik haiwan. Kesiannya ubat dia makan mengalahkan manusia. Istimewanya haiwan kan.
Ya Allah bukan senang nak jaga haiwan ni kan, macam-macam ragam dia ada.
Dia dah melatih kita untuk menjadi lebih penyayang.
Pemergian manja amat dirasai kami sekeluarga.
Indah nya kerja Tuhan.
Manja meninggal semasa perjalanan nak bawanya ke klinik.
Abah cakap manja meninggal dalam kereta sebab dia tanak menyusahkan kita semua lagi.

Dia tanak kita susah-susah cari klinik hari miggu ni.
Dia tanak kita habiskan duit untuk dia lagi.
Dia tanak kita menderita tengok dia asyik sakit.
Dia nak kita tersenyum je tengok pemergiannya.

Ya Allah kata-kata abah tu menusuk aku tak boleh tahan menangis lagi.
Aku tak boleh berhenti menangis masa tu. Sepanjang perjalanan aku tengok je muka manja.
Aku usap dia, aku cium dia buat kali terakhir.

Sebelum kami bawa dia ke klinik, ibu sempat suap dia makan guna tangan ibu.
Manja tak mampu duduk, tak mampu baring sebab nafas nya tersangkut-sangkut.
Atien sempat lap mata dia, sempat suapkan air dia. Dalam kereta pula air liur dia tak benti keluar atien lapkan. 

Sedihnya Ya Allah.
Tak sangka itu kali terakhir kami buat semua tu untuk dia.
Semua ni adalah takdir Allah.
Dia baru menguji kita dengan kehilangan sesuatu yang kecil dalam hidup kami.
Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah.
Jangan sesekali salahkan takdir yang telah diatur Allah.
Ada hikmah disebalik yang berlaku.
*lapairmata* tabah kan hati, tenang kan jiwa.
Manja tetap masuk syurga.
Satu hari nanti manja akan tolong kita di akhirat nanti.
Insya'Allah :')

Pemergian manja tiada pengganti. Tapi Tuhan dah menentukan segala-galanya. Semalan atien jumpa kucing yang kaki nya takde. Subhanallah kesiannya :'( Niat di hati hanya nak berinya makan di rumah. Last-last sekali abah cakap amek lah dia. Kita bela dia. Mana tau kucing tu bawa rezeki untuk kita. :'(
Indahnya perjalan yang diatur Allah untuk hambanya.
Sekarang kucing tu ada dirumah kami. Dan kami akan belanya sebagaimana bela manja dulu :')
Nama kucing tu ialah MEMEI . hehe.. comel kan.
Dia tak boleh gantikan manja tapi dia boleh mengubat kesedihan kami semua.
Memei walaupun awak tak cukup sifat, tapi telatah memei dah hilang kan segala kesedihan kami sejenak. Mungkin ini dah tertulis. Perginya manja, datang memei.
Sesungguhnya Allah sedang menguji tahap kekuatan diri kami menghadapi dugaan dariNya.






Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Assalamualaikum, hye reader's here Nur Fatin Nabila. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Maaf jika apa yang di tulis menimbulkan rasa tidak senang pada hati awak semua. Itulah manusia, sikap manusia yang penuh dengan dengki. Takpe, itu hak masing-masing untuk menilai. Bukan senang untuk kita nak puaskan hati semua orang. Tapi saya hanya mintak satu sahaja, hormat kehidupan dan cara orang sekeliling awak. Dan mereka akan hormat awak macam mana awak hormat mereka. :) If someone wants to be a part of your life they'll make an effort to be in it. Dont bother reserving a space for someone who does't make an effort to stay. I wanna be a reasons behind your smile dear. ~Muhammad Zulkanain~


Let's Talk!