
|
SAHABAT
Isnin, 3 Disember 2012 @ 9:19 PTG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai hai :)
Sekarang kita dah hampir ke penghujung 2012.
mesti ada yang tak sabar nak pergi sekolah rindu kawan-kawan kan.
Tadi baca blog Adaa bila baca blog dia rasa sebak nak nangis.
kisah seorang sahabat yang sentiasa rapat dengan dia, walaupun hanya kenal dalam laman sosial.
Tapi persahabatan mereka amat kuat.
Bila baca blog tu teringat pulak dekat seorang kawan yang dulu sentiasa bersama atien.
Sahabat adalah sebuah ikatan yang indah,
Ikatan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t
Sahabat yang baik akan sentiasa ada bersama kita walau susah dan senang.
Eika aku rindu kita yang dulu, kita yang sentiasa bersama. Dulu kat mana kau kat situ mesti ada aku kan.
Ingat tak masa sekolah rendah dulu, kalau kawan-kawan lain nampak kita tak berdua mesti cakap 'korang gaduh eh'.. ayat tu mesti akan keluar dari mulut diorang, sampai macam tu sekali kan. Kau tak rindu ke kita yang dulu? Kenapa sekarang kau dah mula berubah, dulu kau cakap apa yang kau rasa akan aku rasa dan apa yang aku rasa kau pon akan rasa. Tapi semua tu dah takde dah sekarang kan. Kau dah banyak berahsia dengan aku, termasuk aku. Ape kena dengan kita ni sekarang? Aku rindu kita yang dulu eika. Kita dah banyak berubah, kadang-kadang tu aku rasa sunyi bila kau takde. Aku rindu kau eika, kau tak rindu aku? :(
Persahabatan kita banyak di uji.
Macam-macam dugaan yang jadi dekat kita.
Aku menangis, aku takut hilang kau yang dulu sebab aku sayang kan kau.
Aku nak kita yang dulu eika.
Kau ingat tak kali pertama kita mula-mula kenal? Kita rapat sejak kita masuk bola jaring masa sekolah rendah kan. Sejak dari tu kita tak pernah renggang, tapi sekarang kita dah tak macam dulu. Kau dah jauh dari aku sekarang. Aku tau kau rindu aku jugak kan? mesti kau pun rindu kan *lapairmata*.
Jika aku menyakiti hatimu,
bukan niatku menyakiti hatimu,
dan bukan niatku melukakan hatimu,
tapi niat ku inginkan yang terbaik buat temanku,
maafkan aku sahabat.
Dulu aku aggap kau lah sahabat dunia akhirat aku. Tapi dalam sekelip mata je kau dah berubah. Bukan aku nak salah kan kau eika, aku nak kau yang dulu. Sahabat aku yang dulu susah senang kita, gelak ketawa kita. Itu adalah diri kita yang dulu. Aku rindu semua kenangan kita. Kau ingat tak masa kita pergi melaka dengan trip sekolah rendah dulu, berebut katil dengan budak-budak lain. Last last kita yang dapat dengan wani kan. Satu katil queen tu kita yang konker kan..haha ingat tak?:') aku rindu semua tu eika, rindu segalanya. Bila dalam team bola jaring ingat tak Cikgu Zalina ada cakap chemistry kita kuat. Mesti lah kuat kan 'bestfriend'. Tapi sekarang mana chemistry kita yang dulu? semua nya dah berubah kan. Aku tak salahkan kau sebab aku tau aku pon ada salah jugak. Persahabatan kita dah 6 tahun eika and still counting. Aku harap sangat persahabatan kita akan kekal sebagai sahabat dan takkan berakhir. Mengenali kau adalah sesuatu yang bermakna dalam hidup aku.
Tiada ungkapan perpisahan dalam sebuah persahabatan walaupun maut menjadi nokhtah
kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya.
Kawan yang menjadi teman sewaktu gelak ketawa ramai,
tetapi kawan yang menjadi teman sewaktu menangis susah dicari.
SAYANG EIKA :')
|
The Disclaimer
Let's Talk!
|