//Forever Imperfect
~ Love End ~

Sabtu, 15 Disember 2012 @ 10:51 PG | 0 Comment [s]


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar betambah kekuatan untuk menyintaimu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh cinta,
Izinkan aku menyentuh hatinya yang bertaut pada-Mu,
Agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbi jika aku jatuh cinta,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling cintaku pada-Mu.


Assalamualaikum semua. ada yang tak tidur lagi ke malam-malan ni? 
tidur la tau, dah lewat malam ni dah pkul dua sengah daa..hehe
malam ni nak cerita pasal ape ek,cer teka cer teka.. hehee xD
hurm, malam-malam ni nak jiwang sikit cerita cinta nak..
mesti bosan kan baca benda sama je. eh2 ni cerita lain dari sebelum ni la.
nak tau kena baca sampai habis tau, tau !

Hurm, mulai sekarang kita kena mulakan hidup baru !
kan dah masuk tahun baru,jadi kenalah mulakan dengan hidup baru, azam baru, dan orang baru.. cehh!
hurm, ape nak jadi daa! gatai! Spm tu tahun depan kena fokus fokus! xD

Mulai sekarang atien kena belajar berikan hati atien pada yang lebih layak, iaitu Tuhan yang Maha Esa.
Segala kejadian  yang berlaku sekarang adalah kehendaknya.
Mungkin disebalik semua ini ada keajaipan yang akan tercipta nanti kan. siapa tau.

Permulaan hidup baru tak selalunya akan bermula dengan indah kan.
Kita manusia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.
Berdoa, berusaha itu adalah kerja kita untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. :')

Berhenti lah keluarkan air mata untuk seseorang yang tidak perlu kita tangiskan
dan biarkan air mata ini mengalir kerana ingin diampunkan dosa dari Tuhan diatas segala salah silap kita.
Sesungguhnya ujian yang diberikan amat berat untuk kita lalui. 
Tuhan bagi ujian dekat kita sebab dia sayang kita kan, dia nak tengok kekuatan iman kita terhadapnya.
Percayalah satu hari nanti ada yang lebih baik diantara yang terbaik bakal menemui kita :')

Hati perempuan ini tidak lemah, hati mereka sangat kuat,sehinggakan mampu tersenyum dalam kesakitan.
Perempuan adalah satu-satunya hamba Allah yang diciptakannya yang mempunyai keunikan tersendiri.
Bagi perempuan mesti tau kan ape kekuatan kita walaupun perit kita rasa kan tapi itu yang terbaik.

Cinta itu indah.
Memiliki cinta itu mudah.
Tetapi untuk memiliki cinta dari seseorang yang dicintai mungkin susah.

Permulaan hidup adalah permulaan untuk segala-galanya :')



# HANYA DENGAN SEMINIT KITA MAMPU UNTUK MENGENALI SESEORANG, SEJAM UNTUK MENYAYANGI NYA DAN BERTAHUN-TAHUN UNTUK MELUPAKAN NYA. :')


12.12.12

Khamis, 13 Disember 2012 @ 1:07 PG | 0 Comment [s]


Sedar tak sedar kita dah nak sampai ke penghujung tahun dah kan.
Semalam 12.12.12 cantik kan tarikh tu.
Kalau korang dating dengan pakwe makwe.
Atien pon dating jugak semalam dengan makwe-makwe atien laa..

*makwe atien yang ikot semalam, farah idlina, hajar, farah nadia andd ain.
ain ni sepupu farah, mula-mula dia sampai rumah ingatkan sofia classmate masa form 3 dulu. Rupanya silap orang..haha xD Diorang sampai rumah atien dalam pukul 10 lebih jugak la..masa tu atien tergedik-gedik siap lagi. tengok lah! lembap betul kan atien siap..sorry ye kawan-kawan ku yang setia menunggu. Bila atien dah siap semua tu turun lah bawah pergi The Mines naik bas. Nasib baik lah keluar je terus ada bas xde lah nak menunggu lama-lama lagi.

Bila dah sampai kat mines tu pulak tunggu farah idlina sampai.
kitorang pon jalan-jalan lah sekejap cuci mata tengok baju dekat sana. tungu punya tunggu last-last atien coll farah tanya ada mana. Rupa-rupanya dia kat depan je. Haa, ni kali kedua coll dia last2 dia ada kat depan,memang suka kredit masa tu kan..haha :') Nanti masing-masing gelak, tak leh blaa je masa tu..haha Bila dah sampai tu gy wayang dulu beli tiket. dekat sana nak pilih movie taknak lama pulak. kejap cerita dracula laa, lepastu boleh tu ada tanda 18 pulak doh! kalau masa tu farah idlina tinggi rasanya dah boleh kot tipu agaknya..hahaa :p farah usahakan ketinggian yee...hahaa pilih punya pilih punya pilih ! haha.. baru pilih, tengok cerita Legenda Budak Setan 2 Katherina. Sementara tunggu wayang pukul 1.10 tu baru mula. kitorang jalan-jalan gedik-gedik tangkap gambar. Kamera hajar yang punya..hohoo






tengok tu nampak tak kegediakan kami nih! haha
lepas dah tangkap gambar tu atien ajak diorang gi MIECC dekat sana ada pesta buku..
banyak woo, memang gila siapa yang pergi sana.
terutamanya budak2 yang kaki ulat buku lah..


yang ni tipu lah kalau atien kata tak pernah dating kan..
hahaha xD
just for fun this book.
DATING IS HELL 


haa,yang ni ignore kan muka atien yee..
hahaa

The World Biggest Book Sales !
siapa yang belum pergi pergi taw! murah2 je..ceh promote pulak kita nii :D

lepastu kitorang gi masuk panggung, eh2 sebelum masuk panggung beli popcorn dulu.
tengok lah anak dara ni, nak beli popcorn pon amik masa lama nak beli mana..
last last beli two regular popcorn and two sprite. LoL xD
Bila dah masuk panggung tu taknak lama pulak iklan dia.
haishhh, tak sabar tau.. hurm,lalu cerita pon bermula.
Ending dia atien menangis sedih tau anak dia meninggal pulak.huhuuu :'(
atien ingat atien sorang je nangis rupanya hajar pon nangis juga, teman atien lah katanya :p
bila dah abis tu ada pulak trailer LBS 3 Kasyah! best wwoooi!
tak sabar nak tengok, wajib tontonn..haha

Lepas dah habis wayang, pergi jalan-jalan cari baju farah idlina and farah nadia.
atien,hajar andd ain tak beli pon just cuci mata je.
kitorang dok luar kedai tangkap gambar gedik laa katakan ..hahaa :')

farah and hajar budak yang sentiasa gila.
hahaa xD

haha..muka aku time ni macam tercekek sebab tangan kau hajar. haha..
atien kenal hajar ni since atien darjah 4, masa tu atien budak baru sekolah tu..
dah 6 tahun kita berkawan and still counting.
ni pulak gambar dengan farah idlina.
si kecil molek lagi pendek..hahaa.
dia banyak bagi nasihat kat atien, dari segi pelajaran atau pape je laa :')

gambar atien dengan farah nadia and ain tak banyakk..
haa dua gambar bawah tu gambar diorang sebelah kiri farah nadia andd sebelah kanan ain.

Lepas dah habis jalan semua tu, kitorang pon nak balik dah. so hanta farah gi rounder board dekat atas. mula lah sedih, taching taching bagai, macam lah aku tak jumpa dia langsung..haha :')
hajar lah yang sedih nanti dia gi asrama dah tak tau bila boleh hangout macam ni lagi.
Setelah sekian lama tak keluar dengan hajar akhirnya dapat jugak kita keluar kan..
that moment always in my mind.. sobsobbb :')

#AKU TAHU HAJAR AKAN DATANG SINGGAH BLOG NI. SEMUA GAMBAR DEKAT ATAS TU GAMBAR YANG SAMA DALAM BLOG DIA. SAYA MENCURINYA, TAPI DAH MINTA IZIN DARI DIA DULU SEBELUM TU...hahaa












Capitah NZ :')

Ahad, 9 Disember 2012 @ 11:25 PTG | 0 Comment [s]



Hye peece!(Y) hehe..  tengok gambar atas comel kan sad face.
*a lot of meaning on that face..
Atien rindu orang yang pernah atien sayang dulu. Rindu sangat sangat dekat dia. Apa lah dia buat sekarang kan, dia tengah gembira tu dengan awek dia. Bagus lah kalau tu keadaan dia sekarang. Tumpang gembira (^"_^"). Hurm,sampai bila aku nak main dengan perasaan ni. Sekarang semuanya dah berubah takkan tak boleh terima lagi. Atien sendiri tak paham dengan diri ni, rasa macam nak hentak hentak je kepala ni nak lupakan dia nak hilang ingatan. Kenapalah susah sangat nak lupakan dia, dah tujuh bulan hidup single, bukan tak usaha nak lupakan dia dah macam macam cara dah buat sampai dah nekad nak tutup pintu hati untuk orang lain sekarang. Masalah lah betul perempuan ni tak habis habis ingat kat dia. Sampai bila pon tak tau.

*Dia orang pertama yang paling lama atien bersama.
Sayang atien dekat dia hanya Tuhan je yang tahu perasaan atien dekat dia.
Kenapalah kuat sangat sayang & cinta pada dia.
Ohh pleasee! jangan macam ni boleh tak perempuan!
Kau kena kuat! Berhenti berharap untuk sesuatu yang belum pasti ni!
Jangan jadi bodoh untuk seorang lelaki yang pernah kau sayang.
Sebaliknya kau doakan dia supaya dia lebih bahagia sekarang :')


*awak...awak dah mengajar saya macam macam erti hidup.
awak mengajar saya menjadi lebih matang dan terima kasih kerana awak selalu ambil berat pasal pelajaran saya. Saya tahu apa yang awak buat ni sebab awak nak yang terbaik buat saya kan..kan awak kan? 
awak dekat sana pon, saya sentiasa doakan yang awak bahagia dengan dia.
 Tapi kenapa ada yang macam tak puas hati je dengan saya sekarang. Bukan saya yang cari masalah tapi dia yang cari point dekat saya. Saya tak ganggu kebahagiaan awak. Takpelah awak mungkin betul salah saya. Saya pon boleh bahagia kan awak? saya pon nak bahagia awak..awak pon tau kan. awak, saya rindu sangat dekat awak tau. awak tau tak?? hurm, mesti awak tak tau kan.. xpe saya paham awak dengan orang lain sekarang *lapairmata*... Saya kuat awak, saya kena kuat! awak doakan saya taw awak.

*Banyak kenangan kita kan awak. Selama dua tahun kita bersama susah senang kita macam macam dah jadi dekat kita kan. Pahit manis kita macam macam dah kita rasa selama dua tahun kan.
Alhamdulillah hubungan kita mampu bertahan bertahun-tahun kan awak :')
Dua tahun kita lalui perjalanan hidup ni banyak sangat kenangan kita.
awak ingat tak?? makan aiskrim baskitrobin, bluberry cheese cake, macam macam laa..
*auww.. sedapkan awak :)
 saya terlalu rindukan awak sekarang ni.

Diri awak........
*awak baik dengan saya
*awak gila-gila sama macam saya
*awak caring sangat sama ada diri saya atau pelajaran saya
*awak sporting habis tahu
*awak kuat cakap saya gemok :'D
*awak suka puji diri sendiri (takmalu)
*awak hormat keluarga saya
*awak garang (takut~~)
*awak best sangat
*yang paling penting awak suka buat saya ketawa

saya nak awak bahagia dekat sana ye dengan si dia.
saya doakan yang terbaik untuk awak berdua dan saya harap impian awak untuk jadi chef yang berjaya tercapai tau.. ingat tak awak pernah cakap kat saya 'jangan terkejut kalau satu hari nanti sultan makan makanan saya" saya ingat ayat awak tu..haha InsyaAllah akan tercapai impian awak tu asal awak belajar pandai-pandai taw.

Terima kasih awak untuk segalanya. Terima kasih selama dua tahun dengan saya awak.
Terima kasih atas segalanya yee. Takde apa yang mampu saya balas.
Saya mintak ampun, maaf dengan awak atas segala salah silap saya dari mula kita kenal hingga hari terakhir kita bersama ye awak.












SAHABAT

Isnin, 3 Disember 2012 @ 9:19 PTG | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hai hai :)
Sekarang kita dah hampir ke penghujung 2012.
mesti ada yang tak sabar nak pergi sekolah rindu kawan-kawan kan.

Tadi baca blog Adaa bila baca blog dia rasa sebak nak nangis.
kisah seorang sahabat yang sentiasa rapat dengan dia, walaupun hanya kenal dalam laman sosial.
Tapi persahabatan mereka amat kuat.
 Bila baca blog tu teringat pulak dekat seorang kawan yang dulu sentiasa bersama atien.

Sahabat adalah sebuah ikatan yang indah,
Ikatan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t
Sahabat yang baik akan sentiasa ada bersama kita walau susah dan senang.


Eika aku rindu kita yang dulu, kita yang sentiasa bersama. Dulu kat mana kau kat situ mesti ada aku kan.
Ingat tak masa sekolah rendah dulu, kalau kawan-kawan lain nampak kita tak berdua mesti cakap 'korang gaduh eh'.. ayat tu mesti akan keluar dari mulut diorang, sampai macam tu sekali kan. Kau tak rindu ke kita yang dulu? Kenapa sekarang kau dah mula berubah, dulu kau cakap apa yang kau rasa akan aku rasa dan apa yang aku rasa kau pon akan rasa. Tapi semua tu dah takde dah sekarang kan. Kau dah banyak berahsia dengan aku, termasuk aku. Ape kena dengan kita ni sekarang? Aku rindu kita yang dulu eika. Kita dah banyak berubah, kadang-kadang tu aku rasa sunyi bila kau takde. Aku rindu kau eika, kau tak rindu aku? :(


Persahabatan kita banyak di uji.
Macam-macam dugaan yang jadi dekat kita.
Aku menangis, aku takut hilang kau yang dulu  sebab aku sayang kan kau.
Aku nak kita yang dulu eika.

Kau ingat tak kali pertama kita mula-mula kenal? Kita rapat sejak kita masuk bola jaring masa sekolah rendah kan. Sejak dari tu kita tak pernah renggang, tapi sekarang kita dah tak macam dulu. Kau dah jauh dari aku sekarang. Aku tau kau rindu aku jugak kan? mesti kau pun rindu kan *lapairmata*.
                                                                                 

Jika aku menyakiti hatimu,
bukan niatku menyakiti hatimu,
dan bukan niatku melukakan hatimu,
tapi niat ku inginkan yang terbaik buat temanku,
maafkan aku sahabat.

Dulu aku aggap kau lah sahabat dunia akhirat aku. Tapi dalam sekelip mata je kau dah berubah. Bukan aku nak salah kan kau eika, aku nak kau yang dulu. Sahabat aku yang dulu susah senang kita, gelak ketawa kita. Itu adalah diri kita yang dulu. Aku rindu semua kenangan kita. Kau ingat tak masa kita pergi melaka dengan trip sekolah rendah dulu, berebut katil dengan budak-budak lain. Last last kita yang dapat dengan wani kan. Satu katil queen tu kita yang konker kan..haha ingat tak?:') aku rindu semua tu eika, rindu segalanya. Bila dalam team bola jaring ingat tak Cikgu Zalina ada cakap chemistry kita kuat. Mesti lah kuat kan 'bestfriend'. Tapi sekarang mana chemistry kita yang dulu? semua nya dah berubah kan. Aku tak salahkan kau sebab aku tau aku pon ada salah jugak. Persahabatan kita dah 6 tahun eika and still counting. Aku harap sangat persahabatan kita akan kekal sebagai sahabat dan takkan berakhir. Mengenali kau adalah sesuatu yang bermakna dalam hidup aku.

Tiada ungkapan perpisahan dalam sebuah persahabatan walaupun maut menjadi nokhtah
kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya.
Kawan yang menjadi teman sewaktu gelak ketawa ramai,
tetapi kawan yang menjadi teman sewaktu menangis susah dicari.

SAYANG EIKA :')





New Day

Isnin, 26 November 2012 @ 7:52 PTG | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hai :) hari ni kita buka buku baru dan tutup buku lama ye. Mulakan hidup baru anda dengan senyuman..haha! haa, menaip sambil makan coklat cadbury mouse chocolate auww!sedap!hehe.. nak beli sendiri ye.. hurm, bukan apa makan coklat kan boleh gemok kan badan, tengah usaha nak gemok lah ni. eh btol ke? hurm, pape je la..  Ok sekarang nak mula bercerita. harap-harap tak jemu lah membaca ye. kisah kawan-kawan aku, farah,aini,shafina,nina,mya,eika aku rindu korang semua taw! hurm, kepada Shafina dan Aini! korang kuatkan diri ye, aku paham apa yang korang rasa aku pon pernah rasa semua tu. KIta perempuan kena kuat ye, jangan tunjuk yang kita lemah taw! Ingat aku sayang korang aku tak nak dengar cerita buruk-buruk pasal korang, jangan buat benda yang boleh menyakitkan diri korang ye. Mane kita yang dulu weh?? Kita yang sentiasa gembira, gelak-gelak,gila-gila, sewel kita mana semua tu? korang tak rindu ke. Hidup ni tak selalu indah, Tuhan bagi semua ni berlaku sebab dia nak uji kita. Dia nak tengok diri kita kuat ke tak nak menghadapi semua ni. Hidup manusia sha, aini tak selalu indah kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah tu lah asam garam hidup manusia. Gembira,sedih,suka,duka itu semua dah sebati dengan kehidupan manusia sekarang. Ingat bukan kita sahaja yang rasa semua tu, orang sekeliling kita lagi teruk rasa agaknya. Jangan pernah salahkan takdir semua ni berlaku dekat kita, mungkin Tuhan sedang merancang yang lagi baik untuk kita. Tuhan tu maha adil sha aini, ingat tu! berdoa yang penting. Aku rindu kita yang dulu. Dear, back to normal please. Kita mulakan hidup baru. Jangan sebab kan seorang yang bernama lelaki hidup kita musnah sayang. Tahun depan kita dah nak spm kan, ingat tu lagi penting. Aku pon tak kuat weh, tapi aku belajar untuk terima semua ni dan aku positif kan diri aku untuk masa depan aku nanti. Cuba pikir sampai bila nak jadi macam ni, sampai bila nak menangis, nak sakit ? sampai bila weh?? sampai masa nya nanti kita kena jugak terima semua ni. Ingat jangan salah kan takdir dan jangan pernah salahkan sesiapa pon! ini semua dah tertulis sejak azali lagi, korang tau kan. Kita kena belajar untuk terima semua ni, walaupun perit macam mana pon rasa, kita kena jugak terima sebab itu adalah hidup kita. Aku sayang korang, aku rindu korang yang dulu. Start with our new life dear! Be strong and wearing your cute smile everyday! Remember Allah is always with his servant !

just that time

Jumaat, 23 November 2012 @ 12:20 PG | 0 Comment [s]

Assalamualaikum hye semua! :) sejak cuti sekolah ni hidup rasa semakin hari semakin bosan. Yelah duduk rumah je kan kita ni, hari-hari buat benda sama je. Tu lah kita ni kan, masa sekolah sibuk sangat nak cuti, dah cuti sibuk pulak nak sekolah. haiysshh! Budak sekolah, budak sekolah..haha. Hurm, tahun depan aku dah masuk tingkatan 5, wah dah nak abis dah kan. Cepat nya masa tu berlalu kan usia, hari-hari kita macam-macam dah berlaku. Hurm, sekarang ni hari-hari aku tak abis-abis asyik teringat dekat dia sorang tu. Kenapalah susah sangat nak lupakan dia ni kan? Apalah yang dia dah buat kat aku dulu..haha. Bukan dia tapi aku ni arh! susah sangat nak bagi peluang dekat orang lain sekarang tak habis-habis dengan berharap-berharap dan berharap. Sampai bila ni? hurm, ntah la. Sayang sangat dekat dia aku ni kan. Tuhan je yang tahu sekarang betapa rindunya aku dekat dia. Rindu sangat-sangat. Dulu aku terlalu ikot kan ego aku sangat, tapi dia selalu positif kan aku, bagi nasihat dan yang paling penting pelajaran aku. Haa, bab pelajaran memang take serius punya lah mamat ni dengan aku. Bukan ape takut nanti result aku teruk dia yang kena. Alhamdulillah berkat nasihat, and usaha aku PMR tahun lepas keputusan aku cemerlang walaupun tak semua nya A tapi cukup boleh buat keluarga aku dan dia gembira. Tapi jodoh kitorang tak panjang hanya mampu bertahan 2 tahun je sehingga 20.5.2012. Sejak dari tu kitorang asyik bergaduh. Kali terakhir jumpa dia pada 19.7.2012. Bawak hadiah yang nak bagi masa birthday dia. Sedih sebab sampai sekarang hadiah tu masih ada dengan aku lagi. Hurm perasaan aku dekat dia sama je macam dulu lagi tak pernah berubah. Kenapa susah sangat ni? Rindu,sayang,cinta semuanya sama macam dulu lagi. Sakit kita, gembira kita, sedih kita, kita sendiri yang rasa kan dan hanya mampu bercerita untuk kurang kan rasa tu. Tapi sekarang aku yang rasa perasaan ni sorang, tak nak kongsi dengan siapa-siapa . Biar aku sorang je yang tanggung, walaupun hipokrit depan semua kawan-kawan aku buat-buat gembira, gelak ketawa biarlah sebab itu yang terbaik bagi aku. Cukuplah selama ni dugaan yang aku rasa dan aku kongsi dengan diorang dah tiba masa nya untuk aku laluinya sendiri. Dia dah bahagia sekarang aku pon kena bahagia jugak. Dapat tengok dia bahagia pon dah cukup. Walaupun kadang-kadang tu sakit, mungkin ini jalan terbaik untuk kita. Tuhan jadikan semua ni berlaku mungkin ada hikmahnya, aku tak boleh salahkan takdir sebab ini memang jalan hidup aku yang tertulis sejak azali lagi. Berdoa yang mampu dan sekarang hanya mampu menyerah untuk segala-galanya. Aku akan tunaikan janji dia untuk SPM nanti. Insya'allah aku akan usaha yang terbaik dan tunaikan janji tu untuk masa depan aku nanti. 

-.-.-.-

Rabu, 21 November 2012 @ 5:31 PG | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hye whazzupp!! :D
 lame tak update blog ni. huii, busy lah kata kan..hehe
Sekarang hidup dah makin ceria, walaupun perasaan tu kadang-kadang datang jugak. Tapi lebih baik macam ni, hidup sorang-sorang. hurm, rindu? Siapa yang tak rindu meyh.. Sayang pon masih lagi tau, hidup perlu diteruskan. Bukan berpatah balik tapi pandang ke hadapan untuk sesuatu yang baru. Tuhan jadikan semua ni berlaku mungkin ada hikmahnya. Dia yang merancang, hanya kita yang melangkah selama kita hidup di dunia ni. Hidup manusia tak semuanya indah kan.  Atien pon nak bahagia macam orang lain. Jujur lah atien cakap perasaan sayang sama macam dulu, dan kadang-kadang masih berharap jugak. Berharap dengan sesuatu yang belum pasti akan datang balik semula. Selagi dia bahagia atien pun akan bahagia untuk dia. Biar lah dia bahagia sekarang, kadang-kadang atien sendiri tak paham kenapa lah sayang sangat dekat dia ni. Haishh! manusia-manusia. hehee..  Sampai perasaan dekat lelaki lain pon dah tak de ni. eh, payoh-payoh kalau gini. haha. Tak pe lah mungkin belum masanya lagi. Biarlah atien fokus untuk SPM tahun depan dan tunaikan janji atien pada dia untuk SPM nanti. Semoga Tuhan permudahkan segalanya yee..

Hurm, sekarang kita dengar pasal perang di bumi Gaza kan. Kita ni dah makin hampir dengan kiamat, macam macam petanda kiamat datang. Hidup kita pon macam tu kan. hurm, atien harap kita boleh hidup lebih lama lagi dan semoga Tuhan melindungi bumi kita dan selamatkan bumi Gaza.
Assalamualaikum :)




Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Assalamualaikum, hye reader's here Nur Fatin Nabila. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Maaf jika apa yang di tulis menimbulkan rasa tidak senang pada hati awak semua. Itulah manusia, sikap manusia yang penuh dengan dengki. Takpe, itu hak masing-masing untuk menilai. Bukan senang untuk kita nak puaskan hati semua orang. Tapi saya hanya mintak satu sahaja, hormat kehidupan dan cara orang sekeliling awak. Dan mereka akan hormat awak macam mana awak hormat mereka. :) If someone wants to be a part of your life they'll make an effort to be in it. Dont bother reserving a space for someone who does't make an effort to stay. I wanna be a reasons behind your smile dear. ~Muhammad Zulkanain~


Let's Talk!