
|
talking the night
Rabu, 10 Oktober 2012 @ 9:25 PG | 0 Comment [s]
malam yang dingin ni dengan angin bersempoi-sempoi.
sebak, tangis, tawa di hati tiada siapa yang tahu bukan. saat ini atien hanya mampu berdoa dan menghitung hari-hari yang akan datang. Alhamdulillah dia dah menemui kebahagiaan, semoga di setiap kehidupannya mempunyai cahaya indah. atien akan sentiasa mendoakan kebahagian dia. atien dah cukup gembira bila tahu dia dah bahagia sekarang. kehidupan dia bukan bersama atien lagi. atien harus menerima semua ketentuan takdir pada atien. semuanya dah tertulis sejak azali jalan hidup kehidupan atien. kita di dunia ini hanya seorang pelakon yang telah ditentukan wataknya oleh Tuhan. di setiap hari-hari hidup kita itulah pelengkap setiap lakonan itu. ajal, maut, jodoh pertemuan, segalanya telah tertulis semasa kita dalam kandungan ibu lagi. jangan pernah salahkan diri sendiri, kerana disetiap kejadian itu adalah takdir Tuhan. Alhamdulillah atien masih boleh kawal perasaan atien. atien masih mampu untuk menghadapi dan mengawal emosi dihadapan orang. jika takdir Tuhan itu telah tertulis atien adalah untuk dia. sejauh mana pon pergi, dia tetap akan menjadi milik atien satu hari nanti. mudah-mudahan Tuhan menemukan atien dengan seseorang yang betul-betul boleh membimbing atien. hati atien malam ni, lebih tenang dari semalam. atien kena belajar untuk terus kuat menghadapi setiap lumrah hidup atien. tidak lupa juga untuk kebahagiaan dia, atien sentiasa doakan. atien doakan semoga di setiap hari dia akan lebih bahagia bersama yang tersayang. walaupun sebak,atien tetap kena belajar menerimanya. walaupun di depan dia atien berpura-pura tenang, hipokrit tapi itu semua takpe. asalkan dia tahu atien atien kuat dan boleh menerimanya. biar berbohong depan dia untuk kebaikan, asalkan dia tenang. biar seksa selepasnya, asalkan dia bahagia. atien taknak dia pikir pasal atien, cukup lah dia dengan kehidupan barunya. janji atien pada dia InsyaAllah atien akan tunaikan sehabis yang boleh. InsyaAllah atien akan berusaha untuk SPM tahun depan. 6A semua kredit, itu adalah janji yang dia suruh atien lakukan. dia pernah cakap kalau atien dapat keputusan cemerlang InsyaAllah kita bersama. tapi atien kena berhenti berharap atas semua tu dia dah ada kebahagiaan sekarang. tak mungkin dia akan kembali pada atien lagi. InsyaAllah juga atien akan usahakan yang lebih baik. rasa sayang kita pada seseorang memang susah kita nak hilangkan. biarlah rasa sayang atien pada dia kekal. hanya Tuhan je yang tahu perasaan atien sekarang. biarlah dia tidak tahu asalkan orang sekeliling atien tahu hal yang sebenarnya. dia adalah satu-satunya lelaki yang buat atien macam ni. seumur hidup atien, atien tak pernah jadi macam ni hanya disebabkan seseorang yang bernama lelaki. perit, sakit, terseksa itu yang dirasakan selepas ditinggalkan. macam atien kata tadi atien tak boleh salahkan takdir. itu semua kerja Tuhan. apa-apa pon atien doakan kebahagiaan dan kejayaan dia di dunia dan akhirat. |
The Disclaimer
Let's Talk!
|