
|
Fly with our paper :)
Ahad, 7 Oktober 2012 @ 2:03 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai semua pembaca :)
diam tak diam kita hampir ke penghujung tahun dah kan..
hurm, mesti sepanjang tahun ni korang semua ada banyak kenangan pahit dan manis.
sama lah dengan atien, lumrah asam garam kehidupan manusia.
tak sentiasa bahagia, kadang-kadang derita jugak dirasakan..
sekarang dah bulan 10, peperikasaan besar akan berlangsung tak lama lagi.
minggu depan da mula Peperiksaan Menengah Rendah PMR.
kepada adik-adik yang bakal menduduki PMR tu.
wish you all the best okey, good luck.
hurm, tak lupa jgk dengan pelajar yang bakal menduduki SPM.
tinggal beberapa hari je lagi kan..
Good Luck juga ye kepada abang-abang dan kakak-kakak sekalian.
do your best, especially student of SMK Bandar Tun Hussein Onn2 :)
hurm, tak lupa juga lah kepada pelajar tingkatan 4 tu.
minggu depan kita dah start exam dah taw...
ada yang tak bersedia lagi ke?
yang belum bersedia tu persiapkan diri untuk menghadapi nya ye.
minggu depan atien mula kertas pertama dengan subjek prinsip akaun...
arrhhh! takut pon ada jugak lah..
tapi Insya'Allah atien akan buat yang terbaik, berkat tunjuk ajar kawan-kawan atien dan cikgu.
mudah-mudahan atien dapat ape yang atien nak.
semua orang mesti takut kan nak hadapi peperiksaan akhir tahun.
bukan takut ape, takut nanti turun kelas kan..?
atien pon macam tu jugak, harap-harap keputusan atien nanti membantu atien.
atien nak kekal dalam kelas Aset tak nak turun.
cakap sahaja tak guna kan, usaha dan berdoa tu sangat penting..
kepada semua kawan-kawan atien yang bakal menghadapi segala kertas ujian.
semoga awak semua berjaya tau.
doakan atien yang terbaik juga, semoga setiap apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil.
kepada pelajar yang menjadi mangsa PMR & SPM sekolah SMKBTHO2..
tahun ni keputusan bagi gempak lagi dari tahun yang sebelum nya ye.
semoga disetiap impian dan cita-cita kita bakal menjadi kenyataan.
GOOD LUCK GUEST!
|
The Disclaimer
Let's Talk!
|