
|
they are my life
Rabu, 26 September 2012 @ 1:23 PG | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai semua followers yang comel-comel, handsome-handsome tu.
hari ni rajin sikit nak update blog ni.
hari ni nak share dengan semua pasal kawan-kawan atien.
atien ada ramai kawan yang sangat sayang pada atien...
nama dia Shafiqah Idayu..ktrang dah berkawan sejak sekolah rendah dah 6 tahun kitorang jadi kawan baik. sangat rapat, dah macam belangkas. masa sekolah rendah dulu kalau salah seorang takde mesti ada org tanya. kiranya kitorang ni dah macam adik-beradik. berdua je, tarikh lahir pon dah sama. cuma beza tua dia sebulan je dari atien. atien sayang dia sangat2. bila ada masalah kitorang selalu berkongsi, walaupun kecik mana masalah tu. dia memahami atien. Atien nak kita yang dulu, atien taknak macam sekarang. kenangan dulu terlalu indah berbanding sekarang. Atien taknak benda buruk jadi kat dia. Atien harap persahabatan kita ni boleh kekal selamanya Eika. Atien sayang Eika :)
ha, yang ni pulak nama dia Amira Azdeen, tapi kitorang paggil dia Mya.
Mya ni pon atien kenal sejak sekolah rendah lagi. main netball sama2 sekali dengan eika tadi. tapi kitorang semakin rapat bila masuk sekolah menengah sama-sama dah jadi geng lah senang crite.
special nya kat dia ni, mata dia bulat..haha. berwarna warni tau. atien suka tengok dia pakai lens warna biru, sebabnya atien suka warna biru dan dia nampak lain bila pakai warna biru yang besar tu..
lagi satu special dia ni, dia ni tamat sikit tau. lesung pipit dia sampai empat. haisyh, bukan nak share skit dengan orang lain ni tidak dia sorang dah sampai empat. atien yang ada satu ni pon orang tak nampak tau. sedih je.. huhuhuuu.. apa2 pon atien tetap sayang Mya ni.
okey yang ni pulak gadis cantik nama dia Shafina.
kitorang kenal masa sekolah menengah di tingkatan 2. kitorang sama kelas masa tingkatan dua, kelas 2 proaktif. sampai lah sekarang kitorang masih duduk di dalam kelas yang sama dah, tempat duduk kitorang pon sebelah-sebelah je. hurm, sha ni kan dalam kelas susah nak tengok dia serius belajar tau. banyak betul main-main budak ni. hehe. eh, ape kurang nya ngan atien, dalam kelas banyak mulut. walaupun dia macam tu, atien respect dia sebab dia ni pandai orang nya, bila keputusan ujian keluar je, terkejut orang bila tengok keputusan dia, gempak habis lah kalah orang lain. nampak je main-main dia ni tapi boleh tahan.haha.
jangan marah tau awaksss!!hehee
atien sayang shaa!!
okey yang comel lagi manis ni pulak, nama dia Nina Qistina.
dia dah berpunya tau Zulhilmi tunang nya..haha! atien dengan nina ni baru je kenal tahun lepas, dia pelajar baru. nina ni orang terengganu rupanya sekampung lah dengan atien. eh, silap-silap bukan sekampung senegeri. selama setahun atien kenal nina ni best la. kadang-kadang dia ni gila jugak orangnya, mula-mula atien kenal nina ingatkan dia ni jenis yang pendiam tapi sebalik nya.haha. hurm, bila dengan nina atien lebih suka bercerita pasal "manja" kucing atien yang baru je atien bela tahun ni. jadi, kalau ada apa-apa masalah dengan kucing atien, atien selalu tanya dia la. mengadu kat dia, mintak pendapat la. nina ni kalau dia ada masalah dia lebih suka nak diam daripada bercerita dengan atien. kadang-kadang tu ada rasa takut jugak nak tegur dia bila dia mody takut dia marah kang. hehe
tapi kan kawan dengan nina best, satu2 nya atien ada kawan rapat yang senegeri dengan atien.
sayang ngat ke nina leni..hehee
nama gadis ni pulak Farah Idlina..haha
atien dengan dia kenal sejak tingkatan 2 la jugak. kenal macam tu je, tak rapat pon. naik tingkatan 3 pon biasa2 je, tak rapat mana pon. tapi bila masuk tingkatan 4 kitorang jadi rapat yelah duduk sebelah, sekali dengan shaa tadi. hurm, dia ni nampak je pendek tapi garang ya ampun. kalau dia mula je geram habis lah orang kat sebelah dia nak kena cepuk dengan dia nanti. atien ni suka menyakat dia dalam kelas, so selalu sangat lah kena tangan dengan dia.haha. kitorang pon selalu berkongsi cerita. kadang-kadang dia cerita pasal diri dia apa yang dia lalui, kadang-kadang atien pon akan buat benda sama. Farah ni seorang perempuan yang kuat. tak pernah lagi atien ada seorang kawan yang betul-betul kuat menghadapi hidup dia dengan pelbagai dugaan yang dilalui dia. kalau pasal pelajaran pon atien selalu tanya dia terutama pasal akaun. dia pandai akaun, sebab tu lah atien tanya dia. garang-garang dia pon annoying dia tetap ada. haha. okey tu je rasa yang boleh nak kongsi. sayanggg farah:)
farhana nur aini nama diberi kepadanya.
budak ni lah satu-satunya kawan yang suka sangat buat orang lain sakit hati. bukan sakit hati apa tau, dia ni suka buat muka hodoh la, kena kan orang lah. teruk betul, bab buat orang nombor satu tau dia ni.
bila dengan aini banyak cerita pasal kisah aku kau dah dia.haha. paham tak? maknanya, kisah diantara kami dan orang sekeliling yang disayangi. Aini ni bila dia ada riuh tempat tu, dia suka bagi orang sekeliling dia gelak. tak kira lah apa cara sekali pon. macam yang atien cakap kan tadi, buat muka hodoh, haa sampai macam tu dia nak orang sekeliling dia gelak tau. itu memang tugas dia hari-hari bila datang sekolah. ada je benda yang lawak dia nak buat.
kita sayang kamuu laaa:)
Farah Asyikin ni lah orang nya. comel je kan.
hurm, cer tegok blog atien ni, lawa tak? haa, semua nya hasil daripada dia lah.
hanya dia je atien boleh mintak tolong pasal blog ni. kalau dia tak tolong atien, atien takkan pandai sampai bila-bila nak buat blog ni. atien dengan farah sekarang dah makin rapat. hopefully, terus kekal rapat dan terus jadi kawan macam ni okey. bukan tu sahaja pasal ex atien pon ada jugak atien cerita kat farah. kadang2 dia bagi pendapat nasihat, bukan tu sahaja pasal kawan pon banyak atien mintak tolong dari dia. farah ni boleh jadi kawan yang baik, jika orang baik dengan dia. atien respect farah walaupun ada masalah dengan kisah silam dia. dia tetap kuat untuk bangun dan mulakan hidup baru. macam farah idlina tadi, memang orang yang nama dia farah ni kuat kan. atien pon nak jadi kuat macam farah asyikin & farah idlina lah. boleh kan?? InsyaAllah boleh kalau atien betul-betul nak kan nya.
farah ni cepat nangis tau, jadi jangan buat farah nangis okey.
sayang farah.
tak lupa jugak kawan atien sejak darjah satu yang sorang ni.
Atikah Asyikin nama dia. dulu kitorang rapat sangat masa sekolah rendah di SKPTD, suka cerita pasal adik-beradik kan..haha sekarang atiqah dah tak duduk kl dah, dia pindah johor. bila dia pindah je atien pon pindah. tapi jodoh kita kekal lagi kan, atien baru jumpa fb dia tahun ni tau. cuba bayangkan berapa lama tak berjumpa. hampi 6 tahun jugak lah masing-masing hilangkan diri. dan sekarang dah jumpa balik. banyak kenagan masa di SKPTD dulu. masa tu budak-budak kan macam2 lah yang terjadi. atikah, atien taknak kita hilang kan diri lagi k.hehe. hopefully relationship kita sejak darjah satu akan terus kekal sampai bila-bila tau. nanti lepas SPM jangan lupa datang KL balik tau. aku sayang kau dan aku rindu kan kau sangat-sangat.
rindu semua kenangan kita atikah :')
Alhamdulillah mereka ni lah pelengkap hidup atien sekarang dan selamanya.
tanpa diorang atien takkan kuat nak hadapi segala dugaan yang datang dalam hidup atien sekarang.
mereka antara yang paling rapat dengan atien,ada ramai lagi yang memberi kegembiraan dalam hidup atien.
tapi nak mintak maaf sangat2 tak dapat memenuhi ruang blogger atien.
atien sayang semua kawan-kawan atien.
eika, mya,sha,nina,farah idlina,aini,farah asyikin,atikah,khalis,aina,teha,nad,laiya,iylia,izzati,nana,ieka dan ramai lagi lah. sorry kalau yang tak ada nama kat sini.
atien tak pernah lupa kawan-kawan atien :)
Alhamdulillah juga,atien ada keluarga dan sahabat yang sangat menyayangi atien.
mereka juga lah yang bagi semangat pada atien, kalau atien ada masalah.
tak kira lah masalah dari segi apa pon sama ada persahabatan, percintaan dan pelajaran.
mereka semua sentiasa ada di sisi atien.
semoga setiap jalinan persahabatan yang kita jalinkan akan terus kekal selamanya.
atien sayang korang semua.
persahabatan itu penting bagi atien dan atien harap kita mampu menjaganya bersama.
|
The Disclaimer
Let's Talk!
|