//Forever Imperfect
Graduation Day

Ahad, 20 Oktober 2013 @ 3:40 PG | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hai semua :) have a great weekend guys.. Counting the days... Spm just around the corner. Let's talk bout last day. 

Graduation Day!
19 Oktober 2013, kenangan yang pertama dah sejarah hidup seorang pelajar apabila dapat satu penghargaan oleh pihak sekolah di hari graduasi.
Poyo gila ayat..hahahaaa!
takpe takpe, create for someting special. best moment ever!
Kenangan pergi sana memang sampai bila-bila takkan dilupakan.
Betullah apa yang cikgu cakap, lepas ni bukan senang nak jumpa budak-budak sekolah lagi, classmate yang 40 orang tu pon belum tentu lagi dapat jumpa semuanya.
Another two month left.
Gembira,sedih semua ada. Gembira sebab tinggalkan alam persekolah sedih sebab lepasni rindu dengan sekolah yang banyak kenangan tu. Since form 1 until form 5. Only SMK Bandar Tun Hussein Onn2. 

Hari graduasi semalam buat dekat auditorium parcel D, Putrajaya.
Same places like the other year's before.
Tahun ni juga Puan Sri last jadi pengetua.
Hurm, banyak betul yang terakhir tahun ni ye. Hopefully next year, will be better then this year.
Insya'Allah. And the most important i gonna miss my school, my teacher and my friends.
Lepas ni takde dah gelaran pelajar sekolah lagi. hahaha :')


at the time

My everything!

  six girl of sumo's 

with best of students. Nasyrah Amirah :)) 
amek aura pelajar cemerlang jap..haha

Half of 5 Aset..
Gonna miss them, one day.. :')

My mummyyyy :*

Shashaapinoooo :* Friend since from 2.

Nur Amira Azdeen! friends since standard 6 :')
loveyou myaa



Our'sss

That all.. hehee! yang paling penting aku akan rindu semua kenangan kita.
Kenangan kita gelak ketawa sama-sama kan. 
Kalau sehari jumpa tak gelak tak sah kan..haha
I love you guys..
The true friends always be with you for every second.






My only one pet

Ahad, 6 Oktober 2013 @ 7:54 PTG | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hai semua.
Kehilangan yang amat menyidahkan buat kami sekeluarga. Subhanallah peritnya ujian :'(
Ahad, 6 hb Oktober 2013, jam 5.32 petang.
Hembusan nafas terakhir dari si manja.

Ya Allah hanya tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu, hanya Dia  je yang tau betapa sedihnya aku kehilangan binatang kesayangan ku.
Manja satu-satunya kucing yang atien bela paling lama, yang paling pandai.
Lepasni tiada lagi ciuman dari manja, telatah comel manja, perangai nya yang suka tunggu depan pintu semasa kami semua pulang. Garang manja, cerdik manja.
semua tu tinggal kenangan sekarang. Tiada yang boleh menggantikan tempat manja.
Atien redha dengan pemergiannya. Daripada tengok manja terus menderita sakit terus terseksa untuk bernafas, lebih baik dia pergi mengadap yang Maha-Esa.
Perit, sakit Tuhan dah tentukan jalan yang terbaik untuk hambanya.

Sebelum ni pun manja kerap sangat sakit. Dah banyak kali bawak dia pergi klinik haiwan. Kesiannya ubat dia makan mengalahkan manusia. Istimewanya haiwan kan.
Ya Allah bukan senang nak jaga haiwan ni kan, macam-macam ragam dia ada.
Dia dah melatih kita untuk menjadi lebih penyayang.
Pemergian manja amat dirasai kami sekeluarga.
Indah nya kerja Tuhan.
Manja meninggal semasa perjalanan nak bawanya ke klinik.
Abah cakap manja meninggal dalam kereta sebab dia tanak menyusahkan kita semua lagi.

Dia tanak kita susah-susah cari klinik hari miggu ni.
Dia tanak kita habiskan duit untuk dia lagi.
Dia tanak kita menderita tengok dia asyik sakit.
Dia nak kita tersenyum je tengok pemergiannya.

Ya Allah kata-kata abah tu menusuk aku tak boleh tahan menangis lagi.
Aku tak boleh berhenti menangis masa tu. Sepanjang perjalanan aku tengok je muka manja.
Aku usap dia, aku cium dia buat kali terakhir.

Sebelum kami bawa dia ke klinik, ibu sempat suap dia makan guna tangan ibu.
Manja tak mampu duduk, tak mampu baring sebab nafas nya tersangkut-sangkut.
Atien sempat lap mata dia, sempat suapkan air dia. Dalam kereta pula air liur dia tak benti keluar atien lapkan. 

Sedihnya Ya Allah.
Tak sangka itu kali terakhir kami buat semua tu untuk dia.
Semua ni adalah takdir Allah.
Dia baru menguji kita dengan kehilangan sesuatu yang kecil dalam hidup kami.
Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah.
Jangan sesekali salahkan takdir yang telah diatur Allah.
Ada hikmah disebalik yang berlaku.
*lapairmata* tabah kan hati, tenang kan jiwa.
Manja tetap masuk syurga.
Satu hari nanti manja akan tolong kita di akhirat nanti.
Insya'Allah :')

Pemergian manja tiada pengganti. Tapi Tuhan dah menentukan segala-galanya. Semalan atien jumpa kucing yang kaki nya takde. Subhanallah kesiannya :'( Niat di hati hanya nak berinya makan di rumah. Last-last sekali abah cakap amek lah dia. Kita bela dia. Mana tau kucing tu bawa rezeki untuk kita. :'(
Indahnya perjalan yang diatur Allah untuk hambanya.
Sekarang kucing tu ada dirumah kami. Dan kami akan belanya sebagaimana bela manja dulu :')
Nama kucing tu ialah MEMEI . hehe.. comel kan.
Dia tak boleh gantikan manja tapi dia boleh mengubat kesedihan kami semua.
Memei walaupun awak tak cukup sifat, tapi telatah memei dah hilang kan segala kesedihan kami sejenak. Mungkin ini dah tertulis. Perginya manja, datang memei.
Sesungguhnya Allah sedang menguji tahap kekuatan diri kami menghadapi dugaan dariNya.





Bulat O Bulat

Selasa, 1 Oktober 2013 @ 11:45 PTG | 0 Comment [s]

 Assalamualaikum.. hai semua...

Look at the tittle ! Okey bulat O bulat ! hahahaaa... apa kah yang dimaksudkan itu. Hurm, sekarang ni busy dok rumah dengan buku, sampai keluar rumah pon dah jarang. Kalau keluar rumah dah jarang apakan lagi nak jumpa dengan orang lagi lah jarang. Asyik terperap kat rumah je.

Lamanya aku tak jumpa along. Since lepas raya mana ada dia datang, then tadi dia datang siap bawak pizza lagi ! yum yumm sedap!! hehe.. okey, soalan pertama dia tanya. Bout my trial? okey lah Alhamdulillah..
Tiba-tiba dengan tak semena-mena nya dia tegur pipi aku. Asal sekarang pipi billa makin tembam?? Ya Allah, sentap sekejap. Ni lah akibat nya bila nak gemok then makan banyak-banyak. Lepastu lemak tu bukan pergi dekat badan pon dia kumpul dekat pipi. Spoil! I need some fat, nak berisi skit. Tengok dalam gambar tu sudah laa. sobb sobbsss :(

Not only along yang tegur pasal pipi atien, cikgu ros yang dah lama atien tak jumpa pon tegur. Harap je satu sekolah tapi lama tak jumpa. Haisyhh, jumpa dia kejap nak lepas kan rindu. Last-last soalan tu jugak yang ditanya. Depan cikgu-cikgu lain pulak.. Kalau tegur badan atien dah naik ke ape ke okey lagi. Ni tegur pipi dah makin tembam. huhu.. Tapi takpe lah ianya comel bukan? Comelkan Kak Ton?? hahaha...

Betul punya bulat kot! lepas ni pleasee pleasee nak gemok dekat badan! haha. Sometime suka jugak dengan pipi yang macam ni aset tu..haha! poyogedikkss! mentang-mentang blajar akaun kan habis aset semua keluar. Okey cakap pasal akaun tak sampai sebulan je lagi nak menduduki peperiksaan besar. Peperiksaan yang menentu segala-galanya.. 
Goodluck Batch'96

Keep & touch :)

Jumaat, 27 September 2013 @ 1:13 PG | 0 Comment [s]



Assalamualaikum ! hye whatsup guys! Lama gila tak updated blog.. I thought my block ke hack lah ape lah..haha! yelah lama betul atien tak boleh buka blog ni, sebab tiap kali nak buka je no page found! no page found! no page found! lol! Sampai nak post cerita pasal hari raya aritu pon tak boleh! huhuu..sedih kan! Keep & touch title takde kena mengena! hahaa

 So now! It back! firstly, bout last day 25 September 2013! Our school SMKBTHO 2 didatangi oleh pelajar-pelajar MAKTAB TENTERA DIRAJA ! wwoooo! amazed gila tengok dorang semalam masuk sekolah! ni kalau cikgu bm baca ayat aku memang kena lah ni! haha. okey back! segan bangat sih! hahahaa.. Okey diorang datang sekolah sebab nak jayakan program sekolah kitorang iaitu SMART PARTNERSHIP ! taraaa! hahaha... You know what, orang pandai . Diorang datang untuk ajar kitorang add math! Seriously cara dorang mengajar best, yang paling penting atien paham..yeah! Thanks a lot guys for coming yesterday..

 TRIAL SPM! so batch 96's how's ur result?? mesti gempak habis kan.. Maklumlah korang semua pandai-pandai! Amin! Alhamdulillah result atien banyak meningkat just a few je yang menurun.. Yang penting atien dah memenuhi syarat kelayakan untuk ke hari GRADUASI ! Alhamdulillah! I'm so excited! okey gedikss! haha.. maaf ye :) Kepada students of smkbtho 2 kita jumpa di putrajaya nanti. Cantik dan handsome-handsome belaka . Jadi untuk hari esok pula 28 hb solat hajat di masjid bandar tun hussein onn. Semoga Tuhan Permudahkan SPM kita tahun ni ye. 

Kalau ada yang tak suka atau atien ni menyakitkan hati ke, atien mintak maaf ye. Manusia tak pernah lari dari kesilapan. Kepada pelajar-pelajar PMR semoga berjaya dalam peperiksaan minggu depan ye :) Kepada pelajar SPM pula good luck untuk spm nanti. Masa kita tak lama, tinggal 40 hari je lagi.. tolak makan minum tinggal berapa saat je lagi. So prepare our self :) Try our best and make it them (parents) proud of us :')


and lastly! thanks boy for coming in my life --->
now, no more reasons for sadness! 
-


You deserve something really special Friends ;)

Selasa, 18 Jun 2013 @ 6:24 PG | 0 Comment [s]


Assalamualaikum hye guest... hurm, nampak tak blog atien ni dah berubah kan? nak tau tak siapa yang buat semua ni. Ini lah hasil tangan FARAH 'ASYIKIN , atien ni takde lah pandai sangat pasal blog kalau nak ikut kan dah berapa kali farah ajar tapi susah betul atien nak pick up. Tak macam korang, jeles dengan blog korang yang lawa tu. Pape pon too much thanks to farah sebab sudi tolong betulkan balik blog atien ni. Walaupun dia busy dengan kerja kursus akaun. Thanks ye Farah. Farah ni dah macam-macam atien mintak tolong dengan dia. Atien harap farah okey ye sayang. Sebetulnya atien rasa menyusahkan farah sangat sebab dah terlalu banyak mintak tolong farah. Atien bukan ape, atien cumaaa...urm, ntah laa. okey nak nangis pulak. Pape pon *terima kasih banyak-banyak farah. :')

Korang nak tau tak?? gara-gara atien tak jumpa url nak delete background blog then atien try lah ikot suka atien tak sangka pulak sampai-sampai je try buka blg abis semua hilang. *terlebih pandai kan! Masa tu memang rasa nak menangis, dengan kerja akaun nya atien blur tak tau nak letak macam mana, lepas tu time-time ni lah print atien ink dia habis. Ya Allah dugaan nya hari ni. Hurm, esok dah lah folio akaun kena hanta. Ingatkan sempatlah nak buat. Tak sangka pulak yang ink tu nak habis harini jugak. Tulah bila kerja bertangguh kan?? :( mintak-mintak esok hati cikgu baik. pleasee I just hoping! semua ni kita tak rancang kan, benda nak jadi semua nya ada sebab. To farah sorry waste kan masa farah dengan betulkan blog atien ni, even farah sekarang tengah banyak kerja dengan folio akaun lagi yang nak kena hanta esok. Sorry sangat2. Farah dah betulkan blog atien dari A sampai Z . Farah siap letakkan gambar atien lagi, gambar tu atien pakai tudung farah.:') Thanks farah! 

Tadi on twitter bace tweet farah then terus buka blog. Impress gila dengan apa yang dia dah buat. Kalau nak harapkan atien buat sampai macam tu sekali memang tak menjadi farah. Totally thanks to you dear. I'm really appreciate it. I'm sorry again farah. Even farah busy dia tetap tolong atien, walaupun benda tu sikit, it really mean to me guest. *sobb (crying)! haha.. apelah atien ni. Farah, if farah baca ni I just wanna say thanks too much thanks farah. Tak tau macam mana nak balas jasa farah. Thank you so much! Tulah orang kata kawan yang baik akan selalu ada di setiap susah dan senang. :') I really do love you friends. To farah, nina, aini, farah idlina, khalis, shafina, aina,mya, eiqa, aymie, eyka hamali, nik, fatin, farah nadia, khalidah and semua lah kawan atien yang atien rapat. 
I love you guest. Thanks for being my friends & we will be friends forever. 

haa, inilah dia FARAH 'ASYIKIN.
sorry ye curi gambar awak sayang..
muahhh :-*




Father's day, Birthday & Sports day

Ahad, 16 Jun 2013 @ 2:12 PG | 0 Comment [s]


Assalamualaikum! hye whazzup .. sihat tak? hopefully sihat lah ye. Hurm, hari ni hari ahad dan Hari Bapa. Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di Malaysia dan kepada bakal bapa juga. Selamat Hari Bapa. Atien dah wish tadi dekat abah atien. Korang dah wish belum?? Memanglah hari bapa ni setengah orang kata tak elok. Tapi kalau kita perbetulkan niat kita insya'Allah semuanya akan ok. Niat kita cuma nak menghargai bapa kita je kan. Nak menghargai segala pengorbanan dia selama dia membesarkan kita dari kita lahir sampai lah kita besar. Baik, buruk ayah kita dia tetap ayah kandung kita darah yang mengalir dalam badan kita ni adalah darah dia juga. Jangan sesekali lupa asal-usul kita yee. Walaupun ayah tu bukan ayah kandung sekalipun tapi sekurang-kurangnya kita ucapkan selamat hari bapa sebagai tanda terima kasih sanggup menjaga kita. Mesti ada antara korang yang celebrate Father's Day ni kan. Happy happy selalu. :) Atien tak bagi pape pon hari bapa ni baru-baru ni pon birthday abah 11.6. Hari jadi yang ke 43 tahun.. haa, abah dapat hadiah best woo.. Samsung Grand!!! Wooo, awesome lah hadiah tu. bukan senang nak dapat hadiah sampai macam tu kan..hahaa. Pape pon Selamat Hari Jadi Abah ^^

Dad,
 For all those time I left it unsaid..
Thank you..
Thanks for being there for me..
For showing me the way..
For being patient with me even when I made it difficult for you..
For believing in me & encouraging me to dream.. 
and being such an inspiring presence in my life..
I love you dad :')



NOW SPORTS DAY SMKBTHO2!

As the title kat atas ikut susunan k..haha. sekarang pasal sukan tahunan pula.
Harini sekolah atien ada buat sukan tahunan di UPM Serdang.. Waaa, jadi pelajar universiti kejap. wengwengg! *berangan* hahaa. Insya'Allah tahun depan bakal jadi pelajar UNIVERSITI! aumm! :D haha.. Atien tak main pon, cuma jadi penonton setia! Penonton setia untuk semua rumah sukan..haha. Actually atien rumah Suaindah *hijau* tapi atien ni bukan jenis yang races (takdekenamengena) so atien sokong semua la..hehe. Banner nak bawak untuk Scha tak de. sad ! *tipuje* Gara-gara tak bawak banner Scha hilang sikit semngat dia nak menang nombo satu. haha..kidding ! Tapi okey la menang, dapat nombor jugak kan??hahaa. Pape pon tahun ni sedih takde perbarisan agak membosankan sedikit. Tapi takpe lah just happy-happykan diri dengan kawan-kawan *final year lah katakan..hahaa. Abis pecah perut lepak dengan aini, farah, eyka, khalis, aina, aimie..haha! diorang memang gila doo! Gelak sampai tak ingat dunia..hahaaaa! Yang penting best lepak ngan diorang. :) Aimie baik harini, pagi tadi lapar makanan lambat sampai then makanan aimie sampai dulu. Dia sweet arini, kitorang main suap-suap, lepastu bila makanan atien dah sampai dia tolong carik-carikkan ayam bukakan plastik kuah sup laa..haha! *jeles tak* hahaa :p Then, bila semua acara dah abis kumpul lah kami semua di tengah padang dengan panasnya. Takpe happy kan :) Macam biasa lah cikgu umumkan rumah sukan yang Johan tahun ni. Nombor satu siapa lagi kalau tak Suadamai, ke-2 Suakasih, ke-3 Suaindah, ke-4 Suasana, ke-5 Suarasa. Begitulah kedudukan rumah sukan tahun ni. Walaupun Suaindah nombor tiga atien tetap bangga top three uollss.. ada lah dari takde..haha. ok dah habis macam biasa lah berebut balik pergi kat bas. Khalis lah paling kelakar dia berlari semata-mata nak amek tempat belakang sekali..haha. Tak sia-sia taw usaha dia, dapat meyh..haha. Ok sampai situ sahaja lastly kitorang balik. Rehatkan badan, tidur...
zZzZzzzz...

Our best moment today .
 Gambar eyka dengan aimie takde kat sini..huhu.
Pape pon sayang korang yang dah buat aku gelak macam orang gila sehari suntuk ni.. muahh :-*


Moment Netball Game

Ahad, 2 Jun 2013 @ 1:13 PG | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hai lama tak update blog..huhu.
blog atien banyak yang annoying kan. huh!
hurm, hari ni nak share pasal netball semalam 1 hb 6.
semalam join open game dekat IKBN Hulu Langat..
memang ramai orang kat sana.. ada game bola jaring n sepak takraw. 
Alhamdulillah kali ni team atien menang..huhuu
dapat lah jugak hadiah duit gitu..
haa bukan senang nak dapat duit macam tu je kan. jeles tak, jeles tak..hehe
nak share our moment semalam.

haa, ni gambar bersama ieka dan cikgu rai. 
masa ni on the way nak pergi IKBN..hehe
muka atien time nie agak sembap sikit, maklum lah..haha
jadi jgn tgk lama2 sangat mata atien tu ye..hehee xD



tengoklah kegilaan kami, memang macam tu.
kepoh tau, kitorang ni..hahaa..
time ni masa tunggu turn nak lawan..huhuu
hurm, kitorang lawan ngan macam2 team..
ada team mak-mak orang lah, team akak2 yang terel pon banyak.
tapi alhamdulillah menang jugak walaupun tak dapat johan..


time ni gambar lepas penyampaian hadiah.
hurm, tu lah kami..

okey la sampai sini je.
nanti kalau da cerita yang lagi menarik nak dikongsi atien update sini ye...
keep smile :-) 









Older Post
The Disclaimer

Assalamualaikum, hye reader's here Nur Fatin Nabila. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Maaf jika apa yang di tulis menimbulkan rasa tidak senang pada hati awak semua. Itulah manusia, sikap manusia yang penuh dengan dengki. Takpe, itu hak masing-masing untuk menilai. Bukan senang untuk kita nak puaskan hati semua orang. Tapi saya hanya mintak satu sahaja, hormat kehidupan dan cara orang sekeliling awak. Dan mereka akan hormat awak macam mana awak hormat mereka. :) If someone wants to be a part of your life they'll make an effort to be in it. Dont bother reserving a space for someone who does't make an effort to stay. I wanna be a reasons behind your smile dear. ~Muhammad Zulkanain~


Let's Talk!